Sunday, November 27, 2011

Tempahan kek 3+2

3 biji kek karot dan 2 chocolate moist daripada Kelab Mesra SMKDH untuk jamuan akhir tahun di Puteri Garden Resort Klang. Tempahan juga disusuli oleh Persatuan Ting,6 untuk jamuan akhir tahun mereka. Tq



Fancy Cheese Tart

2 set fancy cheese tart tempahan untuk penceramah di sekolah sebelum cuti.

Cup cake

20 biji tempahan cup cake (individual packing) from Zahanim
TQVM

Saturday, November 26, 2011

Cheese Tart hantaran

Tempahan Azian @ Bandar Puteri Klang untuk perkahwinan kawannya...Fida dan Hanis.
1 set cheese tart (36 pcs) dan yang lebihnya untuk makan.



Terima kasih ye Azian

Saturday, November 5, 2011

Tempahan Cup Cake dan muffin

Tempahan Ustazah Rozanita untuk diberi kepada kawannya...orange cup cake dan chocolate muffin.

Carrot Cake with cheese frosting

Simple deco...tempahan Cik Azlina untuk dibawa balik ke Terengganu sempena Aidiladha. Tq

Tempahan tart shell

Tart shell week...




400 tempahan Halina Shah Alam dan 200 tempahan Suriani. Tq

Monday, October 24, 2011

Tempahan Cream Puff

Tempahan Cikgu Azlan...2 minggu berturut-turut dengan 50biji cream puff. Terima kasih kerana menjadi pelanggan setia ..

Sunday, October 23, 2011

Carrot Cheese Cup Cake..


Tempahan Pn. Tan yang dah lama order...sejak makan cup cake ni masa pot luck hari tu. Pn. Tan ni antara yang kerap order daripada saya..katanya..sedap..tq Pn.Tan..produk home made tentunya tak sama dengan yang kormesial..yang pasti bahan-bahannya berkualiti sebab saya memang pastikan yang saya jual sama dengan yang family saya makan..QUALITY FIRST..itu memang niat saya masa nak mulakan bisnes home made bakery..

Cream Puff..

30 biji cream puff di tempah oleh Pn.Khoo dan 30 lagi oleh Pn.Taksiah..

Choclate Moist Cake with Cheese


Tempahan Ustazah Rozanita untuk Birthday anaknya...tqvm

400 pcs tart shell

Tempahan Halina Shah Alam..mula dengan 200 pcs..pas tu bertambah jadi 400 pcs ...300 saiz S dan 100 saiz M. Thanks Lina..


Sesiapa yang suka makan cheese tart or fruit tart tapi tak rajin nak buat shellnya..bolehlah tempah..tapi 3 hari sebelum ye...

Carrot Cake untuk Birthday Pengetua


Thanks to staff office yang sudi menempah kek ni untuk Birthday pengetua... SELAMAT HARI LAHIR KE-??? PN.NOOR MALA BT HAMZAH. Semoga dipanjangkan umur dan murah rezeki.

Tempahan choclate forest cup cake


Tempahan untuk ustaz yang datang untuk LADAP kat sekolah..terima kasih Ustazah Rozanita dan Ustazah Saidah. Sesiapa yang berminat boleh sms saya

Tuesday, October 11, 2011

Cream Puff lagi..

Thanks juga kepada Cikgu Azlan yang sudi menempah 30 biji cream puff..datang ambil kat rumah petang Sabtu..harap berpuas hati.

Friday, October 7, 2011

Tempahan Cream Puff

Tempahan Cik Azlina..kaunselor kat sekolah..untuk makan-makan..40 biji cream puff dan Na masak soto yang sedap hari tu. Pandai cik adik ni  masak..moga cepat dapat jodoh ye...(gurau je..)


...........alhamdulillah setakat ni kawan-kawan yang tempah berpuas hati..ada yang suggest..boleh buka bakery..(ha,,ha..)......boleh dipertimbangkan tapi lepas pencen nantilah agaknya..

TEMPAHAN LAGI..

Alhamdulillah minggu ini agak penuh dengan tempahan..yang ni daripada K. Zuraida..nak belanja kawan-kawan makan sempena dapat durian runtuh..kek karot dan muffin coklat special ..terima kasih ye..


Tuesday, October 4, 2011

TEMPAHAN KEK YANG LEPAS-LEPAS

Tempahan lepas yang tak sempat nak masukkan. Terima kasih kepada Intan Rahayu yang sudi menempah 3 biji Chocolate Moist Cake..untuk dibawa balik ke kampungnya sempena majlis perkahwinan saudaranya. Malam kenduri tu Intan sms yang 2 biji kek dah habis dinikmati keluarganya.




 #Pada masa entry ini ditulis, Intan dah selamat melahirkan anak pertama. Tahniah..semoga bertambah ceria dan bahagia.

Kek ni pula tempahan K.Ruhaida..my royal costumer..thanks..


Sunday, September 25, 2011

Talam Suji..mudah aje..

Salam semua..just nak share resipi mudah talam suji yang dibuat semalam ..untuk si anak bujang 12 thn berbuka semalam (alhamdulillah  kuat semangatnya menghabiskan puasa enam walaupun weekend). Resipi ni daripada Chef Hanieliza..dengan sedikit ubahsuai ..mudah dan sedap.




Talam Suji
Sumber  asal : Chef Hanieliza
Ubahsuai: Ayu @ Dinismum

BAHAGIAN ATAS:

11/2 cawan tepung suji
1 cawan santan pekat
3 cawan air
3/4 cawan  gula pasir ( asalnya 1 cawan)
sedikit garam
pewarna kuning (agak-agak..jgn terang sangat)

Cara :
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.
2.Kacau atas api sehingga pekat.
3. Masukkan ke dalam loyang yang sudah digris dengan minyak atau lapik plastik.
4.Kukus 20 minit.

BAHAGIAN ATAS

1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
4 cawan santan pekat
3/4 cawan gula merah (asal 1 cawan)
2  sudu besar gula pasir

CARA:
1. Satukan santan dengan gula merah. Biar sekejap sehingga gula merah kembang. Tapis.
2.Masukkan bahan lain..kacau dan tapis.
3. Kacau atas api sehingga pekat sedikit (jangan sampai berketul)
4.Cakarkan sedikit lapisan bawah tadi...tuang lapisan atas.
5.Kukus 20 minit lagi.
6.Sejukkan sebelum dipotong.

Selamat mencuba...



Friday, September 16, 2011

BERAKHIR SUDAH UPSR..semoga berjaya

Salam semua...selagi masih ada Syawal..Selamat Hari Raya Aidilfitri..maaf zahir dan batin.
Lama tak menjengah blog ni kerana pelbagai sebab..antaranya debaran UPSR..maklumlah kali pertama anak bakal menduduki peperiksaan penting..dan mana tak berdebarnya kalau suruh baca buku tak boleh  lebih 10 minit dan ...itulah ragam anak lelaki..

Kenapa pentingnya kejayaan anak pertama?
..semestinya menjadi contoh kepada adik-adik... 
....merupakan testimoni pertama kita..untuk buat improvement..

Jadi, kepada Ahmad Zarif dan rakan-rakan seperjuangan SRI Hira Klang...tahniah kerana dapat mengharungi perjuangan selama 3 hari tanpa dugaan yang sukar. Insya-Allah berkat usaha dan doa ibu bapa,guru-guru...semoga semuanya berjaya.


Sedikit perkongsian amalan ketika anak menghadapi peperiksaan yang dikutip daripada pengalaman rakan-rakan dan pembacaan..


1. Lakukan solat hajat...berdoa tanpa jemu agar dikurniakan kesihatan yang baik dan agar anak-anak tenang dan mendapat  bantuan Allah swt.


2. Berpuasa semasa anak-anak menduduki peperiksaan.




3. Berusahalah mencari guru yang boleh menyelesaikan masalah anak dalam subjek atau topik tertentu....last touch up.


4. Beri perhatian kepada tajuk-tajuk yang dikatakan penting..percayalah sedikit pada soalan ramalan kerana jika soalan ramalan menjadi realiti...bukankah itu bonus kepada anak.


5.Jangan beri tekanan kepada anak pada saat akhir...(jangan anggap anak yang tidak tidur bangun dengan buku bermakna mereka tidak tahu apa-apa...percayalah pada guru di sekolah dan kelas tuisyen- khasnya anak lelaki yang memang tak suka baca buku)


6. Sebolehnya pastikan mereka sudah selesai menjawab soalan-soalan tahun lepas.




7.Iringi anak-anak dengan surah Al-Syarh (A-lam Nasyrah)....untuk memberi kelapangan semasa menjawab. Bacalah surah ini setiap kali kita teringat anak sedang menduduki peperiksaan.


8.Janganlah berhenti berdoa walaupun selepas anak selesai menduduki peperiksaan kerana doa memungkinkan  keajaiban dengan izin Allah swt.




Sekadar perkongsian..walaupun mungkin ada yang lebih baik..

Monday, August 15, 2011

Tart Shell ...10 soalan berkaitan

Salam semua...lama betul tak update blog..bila tengok balik Ogos ni belum ada post baru..busy sikitlah puasa ni. Maklumlah dah 5 tahun ada maid dan tahun kembali tanpa maid..tapi kata orang alah bisa tegal biasa. Tambahan pula seboleh mungkin nak memasak juadah yang dapat memenuhi selera semua..khasnya si Arfan yang baru mula berpuasa tahun ini pada usia 5 tahun.

Bisnes...tak ada tempahan kek tapi ada tempahan tart shell. Tak sangka pun..ingatkan raya ni semua fokus pada biskut tapi ada juga yang memilih cheese tart sebagai juadah raya. Tempahan yang diterima sekadar yang termampu..takut tak sempat.

Setiap bekas 50 pcs


Saiz Tart Shell - S (4.5 cm)
 Tempahan Lina @ Shah Alam..ambil di rumah kawan saya (seksyen 17).
Nak buat cheese tart untuk ibunya bawa ke surau
Bekas macam ni ada 100 pcs . 
Minggu ni dan minggu depan tempahan agak banyak..harap diberi kelapangan untuk menyiapkannya..entah bila nak mula biskut raya tahun ni. 

BEBERAPA SOALAN YANG SERING DITANYA..untuk memudahkan saya
jawab kat sini

1. Ada berapa saiz tart shell yang dibuat?
Jawapan : 2 saiz iaitu 4.5 cm dan 5cm

2.  Harga untuk 100 pcs?
Jawapan: Saiz 4.5 -    RM 28
                Saiz 5 cm - RM 35

3. Minimum order?
Jawapan : Minimum order 50pcs

4. Macam mana nak ambil?
Jawapan : Self pick up di Taman Seri Andalas,Klang ( Berhadapan Hospital Klang)

5. Ada buat penghantaran ?
Jawapan : Tak ada kecuali secara kebetulan saya akan ke area anda.

6. Boleh pos tak ?
Jawapan: Tak berani pos..takut pecah.

7. Berapa hari awal perlu submit order?
Tempahan kurang 500 pcs- 3 hari sebelum
Tempahan lebih 500 pcs- seminggu awal

8. Urgent order macam mana? Order hari ni dan nak ambil esok?
Jawapan : Bergantung kepada tahap busy atau tidak. 
                 Maksimum untuk urgent order 200 pcs sahaja.

9. Harga boleh kurang tak?
Jawapannya : Rasanya harga dah berpatutan..sesuai dengan proses membuatnya..hand made..

10. Tahan berapa lama?
Jawapan : Standard biskut..dalam sebulan boleh..letak dalam bekas kedap udara dan masuk dalam peti ais.



Saturday, July 16, 2011

MACARONS...nice look and taste..

Salam semua..harap semua dalam keadaan yang baik hari ni..Entri hari ni tentang kelas macarons yang sempat saya hadiri pada minggu lepas. Memang dah lama teringin nak belajar macaron ni tapi ada-ada saja hal. Sebelum ni rasa pun tak pernah..ada yang kata sangat manis...mahal... so, nak tahu yang sebenarnya, bertekad jugalah pergi kelas.

Info tentang macarons...(dapat daripada kelas)

- macarons ialah desert manis.. rangup di luar dan chewy di dalamnya.
-sama ada natural macaron atau flavoured macaron..kedua-duanya diisi dengan filling mengikut citarasa
-macarons di Malaysia masih agak baru..dalam 2 tahun. Di Singapura dalam 4 tahun
-bahan untuk membuatnya agak simple- telur putih, gula dan serbuk badam..TAPI...untuk menghasilkannya memang agak rumit kerana macaron bergantung pada cuaca...tak boleh cuaca lembap..mesti panas
(ada matahari)..tak sesuai buat macaron pada waktu malam...kecuali mereka yang dah expert..ada cara sebenarnya..


-terdapat 2 cara membuat macarons:
1. French method- cara ni mudah..agak manis ,mempunyai rasa badam yang kuat
2.Italian method- cerewet sikit..sebab kena pantau suhu..kurang manis

So, terjawablah persoalan "manis ke macaron?"....taklah manis sangat..rasa manis sebenarnya boleh diimbangi dengan fillingnya. MEMANG SEDAP DAN TERINGAT-INGAT..
"KENAPA MACARON MAHAL?"....memang cerewet pembuatannya..sbb tu tak semua yang sanggup buat macaron...



Flavoured Macarons strawberry...paling sedap..
Antara macaron yang dah siap..pelbagai warna,rasa dan filling.
Puas hati attend kelas kak Normie ni..very good teacher..penuh dengan tips. Kata Kak Normie...kena sabar dengan macaron ni..time buat macaron mesti hati tenang..ada yang buat kali ke-7 baru jadi "Perfect Macarons"...bila nak cuba ye????..jawapannya ...bila betul-betul lapang, tenang dan ada matahari...susah juga ye.....                   

Jumpa lagi..            

Saturday, July 9, 2011

Tart shell dan cheese kek

Selamat berhujung minggu..alhamdulillah Sabtu ni tak ada aktiviti..minggu lepas  dengan Larian 1 Malaysia..minggu ni dinasihatkan tak keluar rumah..BERSIH..ada kesempatan nak masukkan gambar tempahan terkini..walaupun dah tak semeriah dulu..sbb pembantu dah tak ada..tapi tak sampai hati nak tolak permintaan esp.kawan-kawan.

250 pcs tart shell saiz 4.5..tempahan daripada Yati Bandar Puteri,Klang..tq


Baked cheese cake with blueberry filling..tempahan Intan..rakan sebelah meja....dah lama nak tempah cheese kek ..tq Intan..


Yang ni pula tempahan Suriani..SU Disiplin kat sekolah..untuk birthday husband dia..tq Su..


Ada lagi satu  minggu depan..Anida..harap esok boleh buat..kesian mak buyung tu..Tq kepada yang sudi menempah..

Sunday, July 3, 2011

SOLAT HAJAT ZARIF ..dan juadah.

Alhamdulillah..baru selesai menyempurnakan solat hajat di Surau Darun Najihin,Taman Seri Andalas sempena anak sulung saya yang akan menduduki Peperiksaan SPPIM esok (4/7-7/7). 
Terima kasih kepada jemaah surau yang sama-sama menyempurnakan solat hajat tadi.

SPPIM ialah peperiksaan subjek diniah bagi sekolah-sekolah di bawah MUSLEH. Anak saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira,Klang. Para pelajar Hira diwajibkan mengambil SPPIM yang mempunyai 9 subjek (Akidah,Fekah,Sirah,Tajwid,Bahasa Arab dan Lisan, al-Quran (Tilawah dan Tajwid), Hafazan dan TKRS. Mereka tidak wajib mengambil PSRA (yang biasa diambil oleh murid sekolah kebangsaan)


Saya sempat menyediakan sedikit juadah sempena solat hajat tadi. Menunya nasi lemak pandan dan udang..ambil peluang cuti hari ni..

 




Kepada Zarif..mama ,abah dan adik-adik mengucapkan Selamat Berjuang esok..semoga kecemerlangan yang dicapai dalam ketiga-tiga peperiksaan percubaan akan menjadi kenyataan...
......juga buat rakan-rakan Zarif khasnya 6 Imam Nawawi..Afiq, Aiman, Syafiq,Wazeeni, Raziq,Nuh, Azzam, Danial,Danish dan lain-lain...Semoga Berjaya dengan Cemerlang.

Saturday, July 2, 2011

Blog biz...jemput singgah

Salam semua..
jemput ke blog baru saya ..khas untuk hal-hal bisnes kecil-kecilan saya..kalau sudi klik sini.

Sunday, June 26, 2011

Tomyam Belut

Salam semua..apa khabar hari ni. Tq kepada yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ni..yang update pun dah jarang-jarang..

Menu makan malam semalam ..TOMYAM BELUT. Mungkin ada yang geli bila dengar je belut tapi sebenarnya sedap. Harga pun boleh tahan..dah RM19 sekilo. Sebenarnya ni permintaan anak bujang saya,si Zarif. Masa pegi Pantai Timur hari tu dia teringin sangat nak makan belut...kat Kelantan memang popular.Puas mencari tapi time tu belut memang susah dapat di sana..sedangkan bukan tak pernah beli belut..dia yang tak perasan. Dah dua minggu ke Pasar Tani, minggu ni baru jumpa. Beli 3 ekor setengah kg..boleh masak dua kali.

Cara masaknya samalah macam tomyam lain-lain tapi masukkan belut (tak payah tulis resipilah ye....) Kuahnya jadi gelap sikit sebab kulit belut yang hitam.Rasa belut ni macam ikan tapi lebih manis.

                                                      Satu periuk Tomyam belut


                                                      Belut yang dah siap potong..
                                              kalau tak potong siap-siap geli juga nak pegang.
                                Nak hilangkan lendirnya kena gaul dengan tepung dan biar sekejap

                                           Antara sayur-sayuran yang saya letak dalam tomyam..
                                           disebabkan saya ni organic vege lover..brokoli,
                                                      kubis cina tu yang organik.

Khasiat belut (kredit to http://salampantaitimur.com)

-Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. 
-Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.

-Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. 
-Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

Monday, June 6, 2011

TOUR PANTAI TIMUR PART 2

2 hari di K.Terengganu..ke Kota Bharu pula..perjalanan dalam 3 jam

                                         2 malam di Hotel Habib..rangkaian Habib Jewel..baru
                                         1 malam RM150..goverment rate RM 130

Berulang-alik ke Pasar Siti Khadijah ..
                                              Macam-macam kuih..harga..dapat lagi 4 biji RM1

                                                         Segarnya sayur..

Kuih kegemaran yang dicari..AKOK..susah nak dapat sekarang..agaknya generasi muda tidak mewarisinya..
Banyak nampak di Jalan KB-K.Terengganu. Kat Pasar Siti Khadijah pun cuma 2 gerai yang ada jual.



                                          Penghasilan akok secara tradisional..guna sabut kelapa..

                                               Sambal daging..paling murah dapat 1 kg RM45
                                                        (daging tempatan)
                                               Perusahaan yang popular di Kg.Laut

                                                Kat PCB ..Pantai Cahaya Bulan

Bab makan pula..menu Kelantan ni memang jadi kegemaran


                                                         Nasi dagang..RM3.00-Rm3.50

                                                                Nasi Kerabu

                                                            Laksam..paling murah RM1.50


                                                            Laksam 1 gulung RM1

                                         Ni nasi air..@ bubur nasi...semangkuk RM2.20-RM3.00
                                         (Kat gerailah..restoran tak tahulah harganya)

                                               Pulut pauh..pulut, santan dan buah mangga
                                                    Kat Wakaf Che Yeh..RM5


2 hari rasa tak puas kat KB ni.. yang tak sempat cari Somtam (kerabu betik)

Sekadar perkongsian..next ke mana...balik ke Utara.