Thursday, February 3, 2011

KLINIK UPSR BERITA HARIAN 2011

Salam semua..mesti bercuti panjang ni..kebanyakan sekolah bercuti selama seminggu..cuma dan keluarga tak dapat ke mana-mana... anak-anak di Sek.Rendah Islam Hira' bersekolah..So, saya sempatlah menghantar Zarif ke Klinik UPSR Berita Harian Fasa 1 di UITM Shah Alam.

Info Klinik UPSR:
-Bayaran RM 120 untuk 2 hari termasuk 3 kali makan.
- Fokus fasa 1- tajuk-tajuk penting  untuk UPSR 2011
- Latihan penting bagi semua  subjek (BM,BI,Mate dan Sains)
- Dikendalikan oleh penulis akhbar Didik (Sisipan Berita Harian Isnin)
-Fasa 2 (Teknik Menjawab UPSR) akan diadakan pada bulan Mei 2011

Pendapat saya... penting juga menghantar anak ke program sebegini kerana walaupun saya seorang guru tetapi bukan semua subjek peringkat sekolah rendah saya boleh kuasai. Sekurang-kurangnya anak kita tahu topik / tajuk apa yang penting dalam setiap bab. Tidak kurang pentingnya anak kita tahu..kita sanggup memperuntukkan perbelanjaan untuk memastikannya cemerlang dalam peperiksaan.

Saya juga bercadang melanggan portal guru.net- harganya cuma RM 150 untuk setahun.. semua nota dan latihan tahun 4,5 dan 6 disediakan..Saya dah tengok ..lebih baik , murah dan berbaloi berbanding dengan "portal yang satu lagi". Semua password untuk tahun ini dijangka siap selepas CNY. Percubaan UPSR Online seluruh Malaysia juga diadakan apabila hampir dengan UPSR.

                                Zarif (kiri sekali) dan kawan-kawan dari SRI Hira' Klang- Imran, Afiq 
                        (student paling pandai, darjah 3 dah habis sukatan hafazan, exam 
                         memang A sahaja, ketua pengawas dan Imam Muda ), Syafiq dan 
                         Aiman. Semua sekelas (6 Imam Nawawi kecuali Imran)

 Semoga kalian cemerlang dalam UPSR dan SPPM tahun ini..

Sekadar perkongsian dan pendapat seorang ibu dan guru...

2 comments:

Anonymous said...

tumpang tanya, PMR ad tak ? cari tak jumpa lah.

Siti Idayu Rafida said...

Klinik PMR ada..maklumat lanjut dalam sisipan Didik Berita Harian setiap hari Isnin.