Friday, November 26, 2010

STRAWBERI UNTUK CANTIK?





 Tidak kira kanak-kanak atau dewasa.. strawberi dianggap buah yang istimewa..mungkin kerana rupanya yang comel, harganya yang mahal atau produk yang dihasilkan daripada strawberi begitu menyelerakan. 

Namun, jika ditanya "Apakah khasiat strawberi ?".. rasanya tidak ramai yang tahu.

INFO STRAWBERI

~Strawberi bukan sahaja buah yang comel, tetapi aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan..aiskrim, jelly, coklat malah pau strawberi pun ada

~Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Terdapat anggaran 700 jenis strawberi.


~Salah satu  spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.
~Warna merah pada strawberi masak  menunjukkan strawberi  kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.


~Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan dianggap lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi juga dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Malah mempunyai faedah sebagai anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringen.

Meminum tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupkan oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Petua penyimpanan

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang
sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.

Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
MAHALKAH STRAWBERI DI MALAYSIA?
Paling murah yang boleh didapati di Cameron Highland anggaran RM18 setiap kg tetapi kalau di pasar raya RM10 untuk 250gm. So, jika ada peluang bercutilah di Cameron Highland.
 MASAMKAH  STRAWBERI MALAYSIA?
Rasanya agak masam tetapi tidaklah terlampau masam.. tetapi lebih sedap jika dicelup dengan madu atau coklat.


Sekian untuk info semua


Indahnya Cameron...

Strawberry Cameron...paling murah RM 18 sekilo



Kali terakhir ke Cameron... 20 tahun lalu... jika ditanya.. banyakkah perubahan..??Jawapannya.. berganda banyaknya...tapi SUHU TIDAK LAGI SEJUK..kesan pembangunan

Percutian di Cameron Highland pada 22 dan 23 November 2010 lalu...walaupun singkat  tetapi sangat bermakna..mendekatkan kita dengan alam dan pastinya kehebatan ciptaan Ilahi..

Rentetan Program Percutian Cameron.

~Perjalanan dari Klang ke Tapah : 3 jam
~Perjalanan Tapah ke Tanah Rata : 2 jam..sesiapa yang tak  tahan dengan jalan yang bengkang-bengkok..boleh lembik dibuatnya
~ Penginapan- di Rumah Peranginan Persekutuan..sangat berbaloi..RM 50 aje semalam( 2 studio room yang besar)..tapi susah nak dapat .
~ Strawberry pertama- beli kat Healthy Strawbery Farm (sebelah Rumah Persekutuan)
~ Pasar Hasil Tanah Brinchang- tempat jual sayur-sayur dan souviner..
~ Pasar Malam Brinchang- popular  kat sini..cuti sekolah diadakan setiap hari mulai  3 pm
~MARDI
~ Ladang Strawberry Al-Mashor..
~ Cactus Farm
~ Ladang Bharat Tea
~ Lain-lain tu...beli-belah........

Gambar-gambarnya...........



Background kat MARDI



Saujana mata memandang



Comelnya buah strawberry

Pokok Strawberry

Pemandangan Ladang Teh Bharat Cameron Valley

Pokok-pokok bunga

Anggur pun ada kata Ladang Al-Mashor

Pokok Lavender..yang kecil sebelah kanan tu pokok Rosemary




Pokok periuk kera

Banyaknya kaktus

Ahmad Zarif dan kaktus di Cactus Farm

Kat Pasar Hasil Tanah Brinchang
Jumpa lagi...

Thursday, November 18, 2010

CUTI..SERONOK ATAU BOSAN?


 Cuti  sekolah bakal bermula Sabtu ini..Si anak seronok tak terkira..si ibu mula mengatur program...iklan kem cuti sekolah semakin kerap terdengar melalui radio..malah dalam akhbar dan majalah juga..

Persoalannya..apakah pengisian cuti sekolah yang terbaik? Saya percaya jika ditanya..masing-masing dengan jawapan tersendiri ..berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.

Bagi si anak...cuti sekolah merupakan waktu berehat..
tetapi bagi ibu dan bapa..masa lapang anak-anak wajar diisi dengan program..masa terbuang jika tiada aktiviti
          di manakah pertemuan kedua-dua pendapat ini?

Pengalaman sebagai guru dan ibu dalam masa 11 tahun, melihat bahawa cuti sekolah wajar dipenuhi sebagai "Win win situation"..berdasarkan pendapat...

.....Anak-anak wajar diberi rehat yang terkawal kerana perjuangan di sekolah dalam tempoh setahun sebenarnya memenatkan tetapi  tidak boleh diberikan kebebasan sepenuhnya sehingga melalaikan..(rehat boleh membangkitkan mood dan semangat baru) oleh itu sebagai ibu bapa kita boleh merancang aktiviti seimbang yang meliputi...

 a.Akademik
- berbeza daripada aktiviti harian waktu sekolah..jika minta anak mengulang kaji biarlah dalam keadaan lebih santai supaya tidak membosankan.
- memantapkan kemahiran atau pengetahuan bagi pelajaran tahun semasa sebagai persediaan menempuh pelajaran yang lebih sukar pada tahun hadapan.

b. Sosial
- aktiviti yang dapat memberi pengalaman baru...membantu melakukan kerja rumah juga satu pengalaman
- luangkan masa bersama anak-anak... ambil cuti supaya mereka rasa dihargai..

AKTIVITI YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN...
1. Menonton TV sepanjang hari.
2. Bermain video game dalam tempoh masa yang lama.
3. Menghabiskan masa dengan tidur..(ada yang begini tau..tidur sehingga waktu Zuhur)

Kenapa?....aktiviti yang begitu santai boleh menyebabkan rasa MALAS untuk melakukan perkara lain yang mencabar.. 

Rancanglah masa cuti anak anda dengan bijak ...

p/s SELAMAT BERCUTI kepada rakan-rakan guru dan para pelajar.
                                          Bagi calon SPM dan STPM.. perjuangan anda bakal bermula.

Tuesday, November 16, 2010

SALAM AIDILADHA

Bersama menghayati erti pengorbanan


SALAM AIDILADHA kepada
....ahli keluarga
......rakan-rakan..
pelajar dan bekas pelajar...
...kenalan..
dan semua muslimin dan muslimat..
BERSAMA KITA SANDARKAN PENGORBANAN NABI IBRAHIM a.s
SEBAGAI KEKUATAN DALAM KEHIDUPAN.

Monday, November 15, 2010

PUASA HARI ARAFAH


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di Padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. 

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. 
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemui-Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Rujukan
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

Sunday, November 14, 2010

TIPS PEPERIKSAAN


November datang lagi..untuk cikgu-cikgu dan yang bergelar pelajar,malah ibu bapa juga..bulan ini penuh debaran kerana peperiksaan SPM dan STPM bakal tiba.

TIPS MENEMPUH PEPERIKSAAN:

1.Sebulan sebelum peperiksaan, anda seharusnya sudah selesai mengulangkaji pelajaran. Masa yang tinggal hanya untuk membuat persediaan bagi tajuk-tajuk penting..bukan lagi baru mula membaca daripada muka surat pertama.

2. Jika anda selesa dengan belajar secara berkumpulan, teruskan tetapi jika cara itu membuatkan anda semakin panik.. ubah cara.. mungkin belajar sendiri lebih sesuai.

3.Bertanyalah kepada guru jika ada kemusykilan walaupun perkara itu dianggap remeh ..takut-takut tajuk itu yang akan keluar nanti.

4. JANGAN TERLAMPAU PERCAYA KEPADA SOALAN RAMALAN.Anda boleh memberi perhatian tanpa mengabaikan tajuk-tajuk lain.

5. Tangguhkan aktiviti lasak walaupun aktiviti itu hobi anda. Tujuannya untuk mengelakkan kemalangan atau perkara yang tidak diingini.

6. Jaga pemakanan kerana makanan mempengaruhi kesihatan yang turut  meliputi pemikiran.

7. BERDOA kerana walau hebat mana usaha kita... yang menentukan Allah S.W.T

BERTENANGLAH kerana ketenangan banyak membantu menjayakan sesuatu perkara. Jangan jadi begini ye...
Keadaan anda melambangkan minda anda

KEPADA ANAK-ANAK DIDIK SEKALIAN..teruskan usaha tanpa henti kerana kadang-kala satu minit bakal mengubah nasib kita.. SPM bakal tiba 23 November 2010.

....Salam Perjuangan

Saturday, November 13, 2010

Mengapa korban dilakukan?

Titisan darah korban...menghapus dosa
                                                
Sekilas tazkirah sempena hari raya Aidiladha yang bakal tiba ...

Fadhilat dan kelebihan ibadah korban

1. Keampunan
Titisan darah korban yang pertama merupakan  pengampunan  bagi dosa-dosa yang telah lalu.
Rasulullah pernah bersabda "Wahai Fatimah! Pergilah kamu ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu"                                         (Hadis Riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan
Para sahabat pernah bertanya  "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?"Rasulullah menjawab " Ia adalah sunah bapa kamu Ibrahim"Mereka betanya lagi " Apa yang kami akan perolehi daripadanya wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab " Bagi setiap helai rambut satu kebajikan."Mereka  berkata "Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab " Bagi setiap  helai bulu satu kebajikan."

                                                                                    ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

BAGAIMANA untuk menyertai ibadah korban?

1.Program korban yang dianjurkan oleh masjid, surau atau kawasan perumahan.
Kebiasaannya antara RM300- RM 400 untuk satu bahagian berdasarkan saiz haiwan korban beserta jamuan.

2.Program korban yang dilaksanakan oleh syarikat persendirian atau NGO
Kebiasaannya anata RM 230-RM300 untuk satu bahagian dan dilakukan di negara yang penduduknya dalam kemiskinan seperti Kemboja.

Pilihan program korban kami sekeluarga...kami bersama Al-Ameen Serve selama 11 tahun, bermula tahun 1999. Selain murah..pelaksanaannya memuaskan hati .Jika berminat...www.korbanaqiqah.com.my

Thursday, November 11, 2010

TAHNIAH..

Keputusan UPSR diumumkan hari ini..11.11.2010

Tahniah kepada 33 orang  putera dan puteri, rakan-rakan anak saya di Sekolah Rendah Islam Hira, Klang yang mendapat keputusan 5A dalam UPSR. Semoga kalian dapat terus mengekalkan kecemerlangan.

Sekalung tahniah juga kepada muallim dan muallimah yang telah berusaha mengajar dan mendidik mereka. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.

Kepada yang kurang berjaya... kejayaan pasti ada tetapi mungkin masanya belum tiba..kecundang bukan bererti tewas..teruskan perjuangan.

Giliran putera sulung saya tahun hadapan..moga Allah memberi kekuatan kepada kami dalam usaha memastikan kecemerlangannya..

Berdoalah ...agar diberi kekuatan..


"Ya Allah...agar hidupku mulia di sisi-Mu..kurniakanlah mahkota takwa..
Agar dapatku terus menabur jasa dan memberi khidmat...kurniakan mutiara ilmu yang berharga..
Agar diriku disayangi  manusia..hiasilah kuntuman akhlak dan untaian jambangan hikmah...
Pandulah kami agar sentiasa dalam landasan yang benar...agar kehidupan yang singkat memberi sejuta pengertian..Amin.."