Sunday, June 26, 2011

Tomyam Belut

Salam semua..apa khabar hari ni. Tq kepada yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ni..yang update pun dah jarang-jarang..

Menu makan malam semalam ..TOMYAM BELUT. Mungkin ada yang geli bila dengar je belut tapi sebenarnya sedap. Harga pun boleh tahan..dah RM19 sekilo. Sebenarnya ni permintaan anak bujang saya,si Zarif. Masa pegi Pantai Timur hari tu dia teringin sangat nak makan belut...kat Kelantan memang popular.Puas mencari tapi time tu belut memang susah dapat di sana..sedangkan bukan tak pernah beli belut..dia yang tak perasan. Dah dua minggu ke Pasar Tani, minggu ni baru jumpa. Beli 3 ekor setengah kg..boleh masak dua kali.

Cara masaknya samalah macam tomyam lain-lain tapi masukkan belut (tak payah tulis resipilah ye....) Kuahnya jadi gelap sikit sebab kulit belut yang hitam.Rasa belut ni macam ikan tapi lebih manis.

                                                      Satu periuk Tomyam belut


                                                      Belut yang dah siap potong..
                                              kalau tak potong siap-siap geli juga nak pegang.
                                Nak hilangkan lendirnya kena gaul dengan tepung dan biar sekejap

                                           Antara sayur-sayuran yang saya letak dalam tomyam..
                                           disebabkan saya ni organic vege lover..brokoli,
                                                      kubis cina tu yang organik.

Khasiat belut (kredit to http://salampantaitimur.com)

-Spesies belut mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Khasiatnya dikatakan setanding ikan tenggiri dan selar, mengandungi 18.6 peratus protein dan 15 peratus lemak. 
-Belut juga kaya dengan lemak, kalsium, vitamin B, Vitamin D dan zat besi. Tidak hairanlah ramai yang percaya belut boleh membantu mengubati penyakit seperti buah pinggang, lelah, darah gemuruh, lemah tenaga batin dan penyembuhan luka pembedahan. Dalam perubatan tradisional, belut dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit.

-Bagi pengidap buah pinggang, belut dimakan hidup-hidup ataupun dipanggang terlebih dulu. Limpa belut dipercayai mampu mengubati penyakit lelah caranya, limpa belut salai, kemudian dibakar hangus akan dimakan bersama seulas bawang putih dan serbuk halia. 
-Selain itu amalan meminumnya reneh sup belut dikatakan mampu mengubati penyakit lelah. Sup belut juga mampu mengubati penyakit darah gemuruh dan mengatasi masalah lemah tenaga batin. Pesakit yang baru selepas pembedahan bagi menyembuhkan luka dan kesan pembedahan dengan lebih cepat.
Spesies ikan ini jika diamalkan memakannya selalu, dikatakan boleh menguatkan daya tahan tubuh, menormalkan tekanan darah, menghaluskan kulit, mencegah penyakit mata, menguatkan daya ingatan dan membantu mencegah hepatitis.

2 comments:

Amie said...

assalam,
amie mmg tahu byk khasiat belut ni... tapi tak pernah jumpa belut ...kalau ada nak juga rasa.

Siti Idayu Rafida said...

Wslm Amie..biasa orang yang jual ikan air tawar ada jual belut ni.
Kalau tak pun...datang Klang..boleh jamu satu periuk tomyam belut..sedap..