Friday, December 31, 2010

HAPPY BIRTHDAY DINI

Kali ni giliran Birthday si cilik Dini....on 27 Dec.2010..3 years old

HAPPY BIRTHDAY DINI....Semoga menjadi anak yang solehah..dan sentiasa menggembirakan ibu, abah, abang dan kakak.

Celebrate birthday Dini dibuat di Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam...selesa tempat ni. Main menunya Pizza Cheesy Lava...6 jenis cheese sebagai topping..special for cheese lover tapi kalau yang tak suka..agak muak sikit. Selain tu..favourite Pizza..Tuna delight..memang sedap.

Pizza cheese lava... full of cheese


DinisMum : Sorry ye Dini..tak ade kek..nanti mama buatkan special cake untuk Dini ye..nak kek apa?

KARNIVAL UPIN DAN UPIN



Dah berjanji dengan anak-anak... ke Karnival Upin dan Ipin di SACC Shah Alam (26.12.2010). Pengunjung petang Ahad ni taklah ramai sangat.. kira selesa untuk bawa anak-anak.

Info Karnival Upin dan Ipin
~ ada persembahan....menyentuh pasal Upin Ipin
~ gerai jualan... banyaknya booth jual coklat
~ jualan barang ori Upin Ipin....mahal-mahal barang ori ni
~ kehadiran maskot Upin Ipin...nak bergambar kena beli 
kupon RM 10





DinisMum: Mama harap kalian happy..

Thursday, December 30, 2010

KELAS TALAM CHEF ASMA

 Salam semua...



 Kerja penting sudah selesai..lagi 3 hari sekolah akan bermula..so, masa yang ada ni saya nak post beberapa yang dah lama terperap dek kesibukan yang melampau. 
Cuma dalam kesibukan itu saya sempat menghadiri kelas talam Chef Asma di Puchong. Entah macam mana sejak terjumpa dengan blog-blog masakan ni minat pula nak belajar masak. Lagi pun kuih talam memang menjadi kegemaran anak-anak dan jadi pilihan kalau ada jamuan dll. So, saya joinlah kelas pada 18 Disember 2010.

Info menarik tentang kelas:
~ Bilangan student tak ramai. Maksimum 10 orang je..
~ Chef ajar 12 jenis talam secara hands-on.. semua cuba buat dan ada beberapa resipi lagi.
~ Chef beri idea untuk buat pelbagai talam.
~ Ada tips-tips berdasarkan pengalaman chef
~ Teknik bisnes dan pemasaran pun ada disentuh sikit
~ Bawa balik kuih yang banyak..kenyang sangat.
~ Kalau ada masalah boleh contact chef selepas kelas.

~ Kalau betul cara yang chef ajar...memang kuih talam menjadi dan sedap..

Kacau pun ada tekniknya..chef betul-betul tekankan teknik kacau ni..

Ratakan bahagian bawah


Lapisan bawah talam lapis caribean


Antara kuih talam yang dah siap

Talam paling cantik..talam marble

Siap packing nak bawa balik..

Ni lah kuih talam yang belajar...

DinisMum: Kepada kawan-kawan yang join kelas hari tu..jangan lupa praktis ilmu yang dah belajar...lama-lama dah mahir boleh ambil order ye...

Saturday, December 25, 2010

SANGAT SIBUKKK...

  
Lamanya tak update blog... sebenarnya saya sangat sibuk..macam mana kesibukannya hanya kawan saya 
Cik Antan yang tahu ... sebabnya kami melakukan tugas yang sama..tapi yang respectnya cik Antan ni dalam sibuk-sibuk pun lagi masak dan ambil tempahan kek ...hampir setiap hari update blog..memang rajinlah...

Saya pula.. dalam sibuk tu sempat lagi join kelas masakan Chef Asma dan sempat juga cuba beberapa kuih talam yang belajar hari tu..anak-anak ni setiap hari asyik bertanya...

"Mama nak buat kuih talam apa hari ni??"
 Bila ada permintaan tu...buat jugalah walaupun  cuma ada kesempatan tengah malam. Lagi pun waktu cuti macam nilah nak puaskan tekak anak-anak... dah buka sekolah nanti..apa yang sempat je lah...

Cuma nak update blog je tak sempat..thanks pada pengunjung yang sudi singgah dan follow..bacalah entri yang tak seberapa..lepas ni banyak juga koleksi gambar nak post ..tunggu ye...

Wednesday, December 15, 2010

MAHALKAH SAYUR ORGANIK???

SAYUR-SAYURAN ORGANIK

Salam semua... saya baru balik dari Jusco Bukit Tinggi Klang..walaupun dalam kesibukan  tetapi saya tetap akan mencuri masa ke sana untuk membeli sayur-sayuran . Mungkin ada yang tertanya-tanya..kenapa tak beli sayur di pasar atau pasar malam sahaja?

Jawapannya... saya dan keluarga hanya menikmati sayur organik.

 Mengapa saya memilih sayur organik?
 1. Bebas daripada bahan kimia. Sayur biasa sangat kaya dengan bahan kimia seperti racun serangga terutama sayuran hijau dan kubis.

 2. Rasanya lebih sedap...manis dan segar.. rasa sebenar sayur..cubalah..anda pasti tak mahu sayur biasa lagi.

3.Pelaburan untuk kesihatan kami sekeluarga.. kerana bahan kimia akan menjadi toksik di dalam bahan dan dalam jangka masa panjang, antara sedar atau tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Sedikit info tentang organik..

Menurut bapa teori organik Dr. Henry Cheng menyatakan bahawa makanan organik bermaksud semua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi,iaitu segala-galanya semulajadi. Contoh-contoh kaedah tanaman sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semulajadi atau tanah yang memang subur atau memasukan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. Keadaan ini menyebabkan tanah dioksidakan justeru itu meminimumkan pencemaran tanih,udara dan air di kawasan tanah itu.

SAYUR ORGANIK MAHAL...itu juga yang saya fikirkan sebelum  ini tetapi sebenarnya TIDAKLAH TERLALU MAHAL..mahal lagi baju, kasut, hand bag,make up dan barang-lain yang kita beli.

Biasanya satu paket sayur organik boleh dimasak 2 kali dengan harga sekali masak hanya RM 1.50..rasanya masih tidak mahal untuk kesihatan kita kan..


                                                          Kailan Organik RM 3.50


                                                    Bayam Merah Organik RM 2.40

                                                           Sawi Organik RM 2.99

                                                        Bayam Hijau Organik RM 2.40


                                                      Baby Kailan Organik RM 2.50

Brokoli Organik RM 3.99

Sekadar perkongsian kepada pengunjung semua... bolehlah cuba singgah di rak-rak sayur organik jika anda keluar shopping nanti..

MAKANAN IALAH ASET KESIHATAN


Tuesday, December 14, 2010

DONAT RAINBOW

Assalamualaikum.... baru  selesai memuaskan hati anak-anak dengan DONAT RAINBOW..donat celup coklat dan sedikit deco di atasnya.. Saya dah beberapa kali cuba membuat donat tetapi rasanya resipi nilah yang menghasilkan donat yang lembut dan sedap. Cara  buatnya pun berlainan sedikit daripada resipi biasa..mudah dan cepat.





RESIPINYA ...

BAHAN-BAHANNYA:

~ 500 gm tepung gandum
~ 1 paket yis mauripan
~ 50gm marjerin (saya guna butter)
~ 1 sudu makan shortening
~ 2 sudu makan gula pasir
~ 2 sudu makan susu tepung/ susu pekat (saya guna susu tepung)
~ 1 biji telur
~ 1/2 sudu teh garam
~ 200ml air suam

CARA-CARANYA:
1. Satukan yis,marjerin, shortening, gula pasir, dan susu ke dalam mixing bowl. 
    Biarkan 10 minit. Campuran ini akan berbuih.
2. Masukkan separuh tepung.
3. Masukkan telur yang dipukul sedikit.
4. Masukkan garam
5.Masukkan baki tepung tadi.
6.Kacau sebati menggunakan sudu atau sudip.
7. Uli dengan tangan hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan
8. Terap menggunakan acuan..kalau acuan kecil dapat 40 biji
9. Biarkan sekejap... donat akan naik sedikit dan ringan.
10.  Goreng dengan api yang sederhana.

...........kredit to Yuslindhia.  (Thanks sebab sudi berkongsi resipi..semoga terus diberi idea dan murah rezeki)                                      
                                    
Tips semasa menggoreng (supaya donat cantik dan tidak hangus)
~ Pastikan minyak tidak terlalu panas.
~ Jangan masuk terlampau banyak donat ke dalam kuali walaupun kuali besar kerana donat perlu kerap diterbalikkan supaya masak sekata.
~ Tutup api dahulu selepas setiap kali menggoreng..kerana minyak yang panas menyebabkan donat terus hitam sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kuali..tentu rupanya tak cantik.


Cuba ye...

Monday, December 13, 2010

PERNAH CUBA??

 Salam semua..
kali ni nak perkenalkan sikit produk bisnes saya iaitu 
                               BARLEY PEANUT CANDY..
Mungkin ada yang pernah rasa yang mungkin ada yang belum pernah cuba..



Rupa isi dalamnya..

Info sikit...
~ dikenali juga sebagai kacang tumbuk bersalut 
   dengan barley
~ rasanya memang sedap...dan unik
~ dipek secara individu..senang bawa
~ ada 3 perasa  ..original, coffee dan sesame
~ sesuai juga dijadikan gift untuk pelbagai majlis
~ dijual secara secara timbangan (kilogram)dengan pelbagai pakej harga mengikut kuantiti.
~ satu KG mempunyai anggaran 95 biji
~ penghantaran boleh dibuat ke seluruh negara

Secara ringkasnya harga bermula RM24 setiap kg dengan minimum order 4 KG. Kalau kurang 4kg,RM30/KG

Bisnes ni saya dah mulakan beberapa bulan lepas dan alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan kalau nak maklumat lebih lanjut..klik di sini.

Kalau berminat hubungi saya ye...
 

Sunday, December 12, 2010

SEAFOOD PANTAI JERAM


 Salam semua...event family minggu ini ....makan seafood kat Pantai Jeram, Jeram (on the way ke Kuala Selangor) sempena celebrate birthday my husband (11 Dec)...YANG KE-???
Walaupun agak jauh .. 32km dari Klang tapi kat sini memang best..tapi kena sampai sana lebih kurang 6  petang...kalau lewat alamatnya bersesaklah..tambahan pula hujung minggu..sebabnya SEAFOODnya FRESH DAN HARGA kira oklah...kemudahan surau pun ada kat sini

Kat Jeram ni ada 2 restoran : Aroma Ikan Bakar dan Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Dah pernah cuba kat Aroma Ikan Bakar..so, kali ni kat Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram pula. Kedua-duanya ada kelebihan..

Mula-mula pilih ikan or apa-apa seafood yang nak..inform nak masak apa..tak tunggu lama.. dalam kurang setengah jam dah sampai..so, sementara  tu bolehlah menikmati keindahan pantai.

HAPPY BIRTHDAY ABAH...

Bertiga je???

Dua beradik...


Pemandangan Pantai Jeram
Si kecil Dini...macam dah lapar...


                                           Makanan dah sampai...
                                            ~ Ikan terubuk bakar
                                           ~ Tomyam sotong
                                           ~ Sotong goreng tepung
                                           ~ Udang goreng tepung
                                           ~ Kerang bakar
                                           ~ nasi putih
                                           ~ sirap limau


Berseleranya makan....
Lastly...semoga event macam ni dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga..next birthday siapa pula ye??? Si kecil Dini lah...27 Dec..
makan kat mana??? Nanti kita fikir sama-sama ye..

 Lots of love..

KERABU TOMATO

Kerabu tomato
Salam hujung minggu.....
Kali ni just nak share atau beri idea kepada ibu-ibu nak nak memasak. Kadang-kadang kita bosan juga dengan menu sayur hijau. So, sekali-sekala bolehlah cuba kerabu tomato ni..sedang dan ringkas.Kebetulan hari ni stok sayur organik saya habis, malas nak ke Jusco...so, buatlah kerabu ni..

RESIPI KERABU TOMATO

Bahan-bahannya:
~ 2 biji tomato.....dipotong dadu
~ 2 biji telur.....dibuat telur dadar
~ikan bilis....(suka hati nak banyak mana)- goreng
~ 5 ulas bawang merah- dimayang
~ 5 biji cili padi
~ 1/4 biji limau nipis- diambil airnya
~ garam dan gula secukup rasa.

Cara-caranya:
Satukan semua bahan , kecuali ikan bilis goreng dan gaul. Ikan bilis dimasukkan bila dah nak makan untuk mengekalkan kerangupannya.

Selamat mencuba

Tuesday, December 7, 2010

DHA untuk si manja

Colostrum DHA Chew

Salam semua...
Kali ni nak cerita sikit pasal supplement untuk anak-anak iaitu  NatureCare COLUSTRUM DHA CHEW.
 Supplement ni mengandungi colostrum dan DHA.
1  tablet bersamaan dengan khasiat 4 gelas susu dengan pelbagai kebaikan.

Rasanya macam gula-gula susu..tidak hanyir.. anak-anak memang suka..

COLOSTRUM
1. DEFEND (super immune system)- perlindungan daripada bakteria, virus, fungus, jangkitan alergi dan penyakit.
2. BUILD ( Healthier body)- membina stamina dan kekuatan fizikal, meningkatkan metabolisme.
3. REPAIR (cells)- membaiki tulang, otot dan tisu
4. BALANCE - bahan kimia dalam otak dan paras glukos

DHA...Brain Power
- menguatkan ingatan
-meningkatkan tumpuan
- meransang mood yang posif

Kesimpulannya... NaturCare Colostrum DHA untuk kesihatan fizikal dan kecerdasan minda. Bukan kanak-kanak sahaja tetapi untuk dewasa juga..



Terdapat dalam 2 pek:

1. 15 tablet ~ RM 20
2. 120 tablet ~ RM 139.00 RM 135.00



P/S Harga yang ditawarkan untuk belian kat sini aje tau.

Untuk yang baru nak cuba..tetapi tidak mahu menjadi ahli, sms saya untuk mendapatkan no.ID ( layak dapat diskaun 25%) Anda boleh membeli di stokis   Tupperware berhampiran...012-6746694



Saturday, December 4, 2010

PILIHLAH BOTOL YANG SELAMAT

SPRING ECO BOTTLE
Salam semua..entri kali ini bertujuan untuk membincangkan pemilihan botol minuman....
 Mungkin dapat memberi pengetahuan dan pilihan kepada ibu bapa yang sedang atau tidak lama lagi akan membuat persiapan barang-barang sekolah anak-anak...kerana satu daripada keperluan anak-anak kita ialah BOTOL MINUMAN. Saya sering melihat anak-anak membawa botol PET (botol minuman mineral water atau minuman lain ) ke sekolah. Mungkin mereka tidak tahu bahawa botol minuman PET tidak boleh diulang guna kerana mempunyai kesan yang berbahaya iaitu dapat membebaskan bahan kimia ke dalam minuman.

BOTOL YANG BAGAIMANA YANG SESUAI?
Botol minuman yang sesuai digunakan ialah  botol yang diperbuat daripada bahan non-toxic, non -carcinogenic dan tidak membebaskan bahan kimia ke dalam minuman.

BOTOL APA YANG MEMILIKI CIRI-CIRI TERSEBUT?
Eksklusif daripada TUPPERWARE BRAND.......ECO BOTTLE.


PILIHAN ECO BOTTLE

1. FRESH LIME & CHILL ECO BOTTLE ( 2)


                                             HARGA :  RM 49.80  RM 45.00 (untuk 2 unit)

Anda juga dapat membeli Eco Bottle Brush dengan harga RM 18.90 


Eco Bottle Brush



2. SPRING ECO BOTTLE

500 ml

Baru diperkenalkan bulan ini
...HARGA  Spring Eco Bottle : RM 64.80 60.00 (untuk 4 unit)


PROMOSI : Jika anda membeli 2 set : Percuma 1 spring eco bottle (warna purple). Anda juga boleh membeli berus khas dengan harga RM 6.90.

SMS saya jika berminat : 012-6746694 atau e-mel ke : idayurafida@yahoo.com

Jika anda ingin membeli sendiri di stokis berhampiran, sila hubungi saya untuk mendapatkan no.ID Tupperware( harga ahli yang menarik tau!)


Bersama kita membuat pilihan bijak.. demi kesihatan diri dan keluarga