Sunday, May 15, 2011

SI KECIL DAN PEMBANTU RUMAH...kisah sedih kami..


Salam semua..lama betul tak bersiaran..maklumlah aktiviti masak- memasak dah dikurangkan sejak tiada pembantu rumah ..tapi tempahan sikit-sikit masih terima lagi kecuali urgent order..sedar-sedar bulan Mei ni belum satu pun post baru..Mei ni juga kami dikejutkan dengan satu pengalaman berkaitan PEMBANTU RUMAH @MAID@BIBIK...pengalaman 5 tahun dengan 2 orang maid yang ok menyebabkan kami tersentak..kesal.

3/5/2011..seorang ejen dari Bangi membekalkan pembantu rumah dari Jawa..disebabkan dah sebulan lebih menunggu, kami pun ambillah..dengan harapan maid dari Jawa lebih baik dari maid Medan. Namun...kami bertawakkal membuat keputusan itu..kerana dari pandangan awal tentu tidak dapat memberi gambaran sifat dan peribadi seseorang.

4/5/2011...kebetulan kami satu family tak sihat..anak-anak muntah dan tak dapat ke sekolah.Saya terpaksa CRK kerana kesian tengok anak-anak..sambil tu boleh latih maid dengan kerja-kerja rumah.
Maid nampak ok..

5/5/2011..semua ke sekolah..tinggal si Dini aje dengan maid..tawakkal juga tapi memandangkan 2 maid yang lepas ok...berat hati mengatakan kali ni juga ok. TAPI.......lebih kurang pukul 12 th (saya sedang mengajar) beberapa miss call dan sms daripada jiran..MAID LARI DAN MENINGGALKAN ANAK KECIL BERUSIA 3 TAHUN SENDIRIAN MENANGIS KELAPARAN...Nasib baik jiran sebelah saya yang masih dalam cuti bersalin perasan anak saya menangis lebih kurang 1/2 jam minta susu..dia datang buka pintu dan buatkan susu. BAYANGKAN JIKA ANAK KECIL SAYA DIBAWA BERSAMA.. tetapi dia meninggalkan anak saya dengan pintu dan grill yang berkunci, tanpa membawa apa pun barang kepunyaannya...

Ejen berjanji untuk bertanggungjawab...semoga janji dikotakan..kami juga membuat laporan polis untuk melindungi apa-apa perkara yang mungkin berlaku..
Pengalaman ini menyebabkan kami bertekad..tidak mengambil maid lagi..hantar  je anak-anak ke nurseri..lebih selamat walaupun memang penat menguruskan kerja rumah yang takkan selesai.

Mungkin cerita ini biasa..tetapi selagi yang biasa dibiarkan tanpa tindakan pihak berwajib..yang luar biasa pasti berlaku..
Nilailah...wajarkah kerajaan kita menerima tuntutan negara jiran berkaitan hak dan kebajikan pembantu rumah..sedangkan saban hari kita menghadapi masalah pembantu rumah yang pelbagai rencamnya..siapa akan membela kita??????????????????????

Sekadar perkongsian...pengalaman mendewasakan kita..