Monday, February 14, 2011

ROTI pula..

Salam semua..saya memang dah lama teringin nak buat roti..tapi bila terkenangkan ramai yang kata..buat roti susah..kena uli gila-gila baru jadi , kena ada bread maker dll..rasa malas nak cuba.. Rupanya ..bila dah cuba..tak adalah susah sangat..cuma mengambil masa yang lama kerana doh perlu direhatkan beberapa kali..

Inilah hasilnya....namanya ENGLISH COTTAGE BREAD



Sesiapa yang nak cuba..ikut resipi ni ye..

A. 400gm tepung roti
     100 gm tepung gandum
     45gm gula
     1 tsp garam
     2 tbs susu tepung
     3 1/2 tsp yis segera

B. 1 biji telur
     260 ml air sejuk (air dalam peti ais)

C. 60 gm butter

Cara-caranya:
1. Sebatikan bahan A (guna tangan aje)
2. Masukkan bahan B
3. Uli selama 15-20 minit ( guna mixer) hingga menjadi doh yang kenyal dan elastik
4.Rehatkan doh ( 1 jam)
5.Bahagi doh kepada 2 bahagian- bentukkan bulat 
6.Rehat doh (10 minit)
7. Leperkan doh- gulung seperti buat swiss roll.
8.Masukkan 1 gulung ke dalam setiap acuan yang sudah digris dengan butter dan tepung 
( Saya guna acuan 8 x 4.5x 4.5).
9.Rehat doh (45 minit)
10.Belah sedikit pada bahagian atas doh- sapu butter dan taburkan gula
11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
12.Keluarkan daripada acuan dan biar sejuk sedikit sebelum dipotong.

Tak perlu beli roti lagi...Selamat Mencuba.

0 comments: