Sunday, July 3, 2011

SOLAT HAJAT ZARIF ..dan juadah.

Alhamdulillah..baru selesai menyempurnakan solat hajat di Surau Darun Najihin,Taman Seri Andalas sempena anak sulung saya yang akan menduduki Peperiksaan SPPIM esok (4/7-7/7). 
Terima kasih kepada jemaah surau yang sama-sama menyempurnakan solat hajat tadi.

SPPIM ialah peperiksaan subjek diniah bagi sekolah-sekolah di bawah MUSLEH. Anak saya bersekolah di Sekolah Rendah Islam Hira,Klang. Para pelajar Hira diwajibkan mengambil SPPIM yang mempunyai 9 subjek (Akidah,Fekah,Sirah,Tajwid,Bahasa Arab dan Lisan, al-Quran (Tilawah dan Tajwid), Hafazan dan TKRS. Mereka tidak wajib mengambil PSRA (yang biasa diambil oleh murid sekolah kebangsaan)


Saya sempat menyediakan sedikit juadah sempena solat hajat tadi. Menunya nasi lemak pandan dan udang..ambil peluang cuti hari ni..

 




Kepada Zarif..mama ,abah dan adik-adik mengucapkan Selamat Berjuang esok..semoga kecemerlangan yang dicapai dalam ketiga-tiga peperiksaan percubaan akan menjadi kenyataan...
......juga buat rakan-rakan Zarif khasnya 6 Imam Nawawi..Afiq, Aiman, Syafiq,Wazeeni, Raziq,Nuh, Azzam, Danial,Danish dan lain-lain...Semoga Berjaya dengan Cemerlang.

2 comments:

MamaIna said...

Acu sekeluarga doakan semoga zarif akan beroleh kejayaan yang cemerlang dlm peperiksaan ini..agar menjadi contoh buat adik2,aiman, amna dan anis jugak
Buat Mak long...aduh sedapnya nasi lemak pandan itu

Siti Idayu Rafida said...

Tq acu..Zarif ni dalam apa-apa keadaan pun relaks dan cool aje..tapi dalam diam memang ada rasa ingin bersaing..bersama kita nantikan keputusannya.Nasi lemak pandan tu simple je tapi buat sendiri lebih jimat dan puas hati.