Sedapnya..ayam goreng spicy and original |
Setiap kali pulang ke kampung di utara.. tempat yang tidak pernah dilupakan ialah RADIX FRIED CHICKEN (RFC) di Sungai Petani . Biasanya kami makan di Lagenda Height tapi kali ni try kat Laguna Merbok pula.
Kenapa RFC?
~ dimiliki oleh syarikat HPA .. 100% dimiliki oleh orang Islam~ mengamalkan prinsip halalan toyyibah dalam semua urusan
~ menggunakan ayam organik iaitu ayam yang bebas daripada bahan kimia
~ rasa yang sedap..setanding malah lebih baik daripada jenama terkenal
~ pelbagai pilihan menu
~ harga yang berpatutan
~ dapat point HPA
DI MANA LAGI ADA RESTORAN RFC?
1. Lagenda Height, Sungai Petani
2. Laguna Merbok, Sungai Petani
3. Shahab Perdana, Alor Setar
4.Jitra, Kedah
5. Kangar,Perlis
6. Mydin Mall, Air Keroh, Melaka4.Jitra, Kedah
5. Kangar,Perlis
7. Kluang, Johor
8. Kubang Kerian, Kelantan
9.Kuala Terengganu
RFC Laguna Merbok- Lebih luas dan tenang |
Ni jururunding menu kami...Ahmad Zarif |
Antara hidangan yang kami order |
Sedapnya Arfan makan Radix Aiskrim |
Playground pun ada..sampai penat si cilik Dini ni main |
Bagi yang belum pernah cuba.. carilah kesempatan mencuba RFC..
bersama kita menyokong ekonomi ummah.
Salam ceria..
1 comments:
alaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mak long saja nak bg acu jelous tau...huhu laguna merbok..bilaku sihat akan sampai juga tk makan RFC...sedapnyerrrrrrr
Post a Comment