Showing posts with label PERSONAL. Show all posts
Showing posts with label PERSONAL. Show all posts

Sunday, January 2, 2011

TUGAS MENANTI..


 Assalamualaikum semua...entri pertama tahun 2011 ni nak ucapkan ..........

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
khasnya kepada rakan-rakan guru dan semua guru di Malaysia
Pejam celik dah selesai cuti 6 minggu..kejap je. Esok tugas kita bermula dan semestinya semakin hari tugas seorang guru  semakin mencabar. Semoga kita semua terus bersemangat dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH BARU
kepada rakan-rakan yang berjaya bertukar........semoga lebih selesa dan sukses di tempat baru.
~ Hasinah Othman- ke negeri Sabah
~ Wan Mariani- ke Melaka
~ Nor Jalilah -ke  daerah Kuala Langat
~ Noor Salsabil- ke KL


 SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN
...............kepada semua anak didik khasnya tingkatan 5 Sains 2..SPM tahun ni...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
...........kepada anakanda Ahmad Zarif (UPSR tahun ni) dan Nursyazani Irdina 
(darjah 3) Sekolah Rendah Islam Hira', Klang..semoga tahun ini lebih baik.

SELAMAT  MENEMPUH ALAM TADIKA untuk Ahmad Arfan 
( Tadika Islam Naim, Taman Seri Andalas, Klang)

Saturday, December 25, 2010

SANGAT SIBUKKK...

  
Lamanya tak update blog... sebenarnya saya sangat sibuk..macam mana kesibukannya hanya kawan saya 
Cik Antan yang tahu ... sebabnya kami melakukan tugas yang sama..tapi yang respectnya cik Antan ni dalam sibuk-sibuk pun lagi masak dan ambil tempahan kek ...hampir setiap hari update blog..memang rajinlah...

Saya pula.. dalam sibuk tu sempat lagi join kelas masakan Chef Asma dan sempat juga cuba beberapa kuih talam yang belajar hari tu..anak-anak ni setiap hari asyik bertanya...

"Mama nak buat kuih talam apa hari ni??"
 Bila ada permintaan tu...buat jugalah walaupun  cuma ada kesempatan tengah malam. Lagi pun waktu cuti macam nilah nak puaskan tekak anak-anak... dah buka sekolah nanti..apa yang sempat je lah...

Cuma nak update blog je tak sempat..thanks pada pengunjung yang sudi singgah dan follow..bacalah entri yang tak seberapa..lepas ni banyak juga koleksi gambar nak post ..tunggu ye...

Thursday, November 18, 2010

CUTI..SERONOK ATAU BOSAN?


 Cuti  sekolah bakal bermula Sabtu ini..Si anak seronok tak terkira..si ibu mula mengatur program...iklan kem cuti sekolah semakin kerap terdengar melalui radio..malah dalam akhbar dan majalah juga..

Persoalannya..apakah pengisian cuti sekolah yang terbaik? Saya percaya jika ditanya..masing-masing dengan jawapan tersendiri ..berdasarkan pemerhatian dan pengalaman.

Bagi si anak...cuti sekolah merupakan waktu berehat..
tetapi bagi ibu dan bapa..masa lapang anak-anak wajar diisi dengan program..masa terbuang jika tiada aktiviti
          di manakah pertemuan kedua-dua pendapat ini?

Pengalaman sebagai guru dan ibu dalam masa 11 tahun, melihat bahawa cuti sekolah wajar dipenuhi sebagai "Win win situation"..berdasarkan pendapat...

.....Anak-anak wajar diberi rehat yang terkawal kerana perjuangan di sekolah dalam tempoh setahun sebenarnya memenatkan tetapi  tidak boleh diberikan kebebasan sepenuhnya sehingga melalaikan..(rehat boleh membangkitkan mood dan semangat baru) oleh itu sebagai ibu bapa kita boleh merancang aktiviti seimbang yang meliputi...

 a.Akademik
- berbeza daripada aktiviti harian waktu sekolah..jika minta anak mengulang kaji biarlah dalam keadaan lebih santai supaya tidak membosankan.
- memantapkan kemahiran atau pengetahuan bagi pelajaran tahun semasa sebagai persediaan menempuh pelajaran yang lebih sukar pada tahun hadapan.

b. Sosial
- aktiviti yang dapat memberi pengalaman baru...membantu melakukan kerja rumah juga satu pengalaman
- luangkan masa bersama anak-anak... ambil cuti supaya mereka rasa dihargai..

AKTIVITI YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN...
1. Menonton TV sepanjang hari.
2. Bermain video game dalam tempoh masa yang lama.
3. Menghabiskan masa dengan tidur..(ada yang begini tau..tidur sehingga waktu Zuhur)

Kenapa?....aktiviti yang begitu santai boleh menyebabkan rasa MALAS untuk melakukan perkara lain yang mencabar.. 

Rancanglah masa cuti anak anda dengan bijak ...

p/s SELAMAT BERCUTI kepada rakan-rakan guru dan para pelajar.
                                          Bagi calon SPM dan STPM.. perjuangan anda bakal bermula.