Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts
Showing posts with label TAZKIRAH. Show all posts

Monday, November 15, 2010

PUASA HARI ARAFAH


Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika para jemaah haji diwajibkan berada di Padang Arafah untuk wuquf di sana, kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada Allah pada hari ini. 

Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang. 
- Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi -

Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada pertolongan lain selain mereka yang menemui-Nya dalam keadaan hati yang bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.

Rujukan
1. Kitab Fadhailul Auqat oleh Abi Bakar bin Al-Husin Al-Baihaqi di kaji oleh Adnan Abdul Rahman Majid Al-Qaisi cetakan Maktabah Al-Manarah Makah Mukarramah.

Saturday, November 13, 2010

Mengapa korban dilakukan?

Titisan darah korban...menghapus dosa
                                                
Sekilas tazkirah sempena hari raya Aidiladha yang bakal tiba ...

Fadhilat dan kelebihan ibadah korban

1. Keampunan
Titisan darah korban yang pertama merupakan  pengampunan  bagi dosa-dosa yang telah lalu.
Rasulullah pernah bersabda "Wahai Fatimah! Pergilah kamu ke tempat (penyembelihan) korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu"                                         (Hadis Riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan
Para sahabat pernah bertanya  "Wahai Rasulullah, apakah yang ada pada korban itu?"Rasulullah menjawab " Ia adalah sunah bapa kamu Ibrahim"Mereka betanya lagi " Apa yang kami akan perolehi daripadanya wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab " Bagi setiap helai rambut satu kebajikan."Mereka  berkata "Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?"Rasulullah menjawab " Bagi setiap  helai bulu satu kebajikan."

                                                                                    ( Hadis Riwayat Ibnu Majah)

BAGAIMANA untuk menyertai ibadah korban?

1.Program korban yang dianjurkan oleh masjid, surau atau kawasan perumahan.
Kebiasaannya antara RM300- RM 400 untuk satu bahagian berdasarkan saiz haiwan korban beserta jamuan.

2.Program korban yang dilaksanakan oleh syarikat persendirian atau NGO
Kebiasaannya anata RM 230-RM300 untuk satu bahagian dan dilakukan di negara yang penduduknya dalam kemiskinan seperti Kemboja.

Pilihan program korban kami sekeluarga...kami bersama Al-Ameen Serve selama 11 tahun, bermula tahun 1999. Selain murah..pelaksanaannya memuaskan hati .Jika berminat...www.korbanaqiqah.com.my

Thursday, November 11, 2010

Berdoalah ...agar diberi kekuatan..


"Ya Allah...agar hidupku mulia di sisi-Mu..kurniakanlah mahkota takwa..
Agar dapatku terus menabur jasa dan memberi khidmat...kurniakan mutiara ilmu yang berharga..
Agar diriku disayangi  manusia..hiasilah kuntuman akhlak dan untaian jambangan hikmah...
Pandulah kami agar sentiasa dalam landasan yang benar...agar kehidupan yang singkat memberi sejuta pengertian..Amin.."