Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts
Showing posts with label KESIHATAN. Show all posts

Wednesday, December 15, 2010

MAHALKAH SAYUR ORGANIK???

SAYUR-SAYURAN ORGANIK

Salam semua... saya baru balik dari Jusco Bukit Tinggi Klang..walaupun dalam kesibukan  tetapi saya tetap akan mencuri masa ke sana untuk membeli sayur-sayuran . Mungkin ada yang tertanya-tanya..kenapa tak beli sayur di pasar atau pasar malam sahaja?

Jawapannya... saya dan keluarga hanya menikmati sayur organik.

 Mengapa saya memilih sayur organik?
 1. Bebas daripada bahan kimia. Sayur biasa sangat kaya dengan bahan kimia seperti racun serangga terutama sayuran hijau dan kubis.

 2. Rasanya lebih sedap...manis dan segar.. rasa sebenar sayur..cubalah..anda pasti tak mahu sayur biasa lagi.

3.Pelaburan untuk kesihatan kami sekeluarga.. kerana bahan kimia akan menjadi toksik di dalam bahan dan dalam jangka masa panjang, antara sedar atau tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Sedikit info tentang organik..

Menurut bapa teori organik Dr. Henry Cheng menyatakan bahawa makanan organik bermaksud semua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi,iaitu segala-galanya semulajadi. Contoh-contoh kaedah tanaman sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semulajadi atau tanah yang memang subur atau memasukan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. Keadaan ini menyebabkan tanah dioksidakan justeru itu meminimumkan pencemaran tanih,udara dan air di kawasan tanah itu.

SAYUR ORGANIK MAHAL...itu juga yang saya fikirkan sebelum  ini tetapi sebenarnya TIDAKLAH TERLALU MAHAL..mahal lagi baju, kasut, hand bag,make up dan barang-lain yang kita beli.

Biasanya satu paket sayur organik boleh dimasak 2 kali dengan harga sekali masak hanya RM 1.50..rasanya masih tidak mahal untuk kesihatan kita kan..


                                                          Kailan Organik RM 3.50


                                                    Bayam Merah Organik RM 2.40

                                                           Sawi Organik RM 2.99

                                                        Bayam Hijau Organik RM 2.40


                                                      Baby Kailan Organik RM 2.50

Brokoli Organik RM 3.99

Sekadar perkongsian kepada pengunjung semua... bolehlah cuba singgah di rak-rak sayur organik jika anda keluar shopping nanti..

MAKANAN IALAH ASET KESIHATAN


Friday, November 26, 2010

STRAWBERI UNTUK CANTIK?





 Tidak kira kanak-kanak atau dewasa.. strawberi dianggap buah yang istimewa..mungkin kerana rupanya yang comel, harganya yang mahal atau produk yang dihasilkan daripada strawberi begitu menyelerakan. 

Namun, jika ditanya "Apakah khasiat strawberi ?".. rasanya tidak ramai yang tahu.

INFO STRAWBERI

~Strawberi bukan sahaja buah yang comel, tetapi aneka makanan dan minuman berasaskan strawberi dihasilkan..aiskrim, jelly, coklat malah pau strawberi pun ada

~Strawberi sejenis buah herba yang rata-ratanya memiliki 200 biji kecil. Terdapat anggaran 700 jenis strawberi.


~Salah satu  spesiesnya bernama Fragaria Chiloensis L. Jenis ini yang banyak terdapat di negara Amerika, Eropah dan Asia.
~Warna merah pada strawberi masak  menunjukkan strawberi  kaya pigmen warna antosianin dan mengandungi agen antioksidan yang tinggi.


~Tujuh zat antioksidan yang ada pada strawberi lebih tinggi dibandingkan buah atau sayuran lain dan dianggap lebih efektif mencegah proses oksidasi pada tubuh.Oksidan ialah proses hancurnya jaringan tubuh kerana radikal bebas. Oksidan juga bertanggungjawab pada proses penuaan.

Strawberi yang kaya vitamin C sangat bermanfaat bagi pertumbuhan kanak-kanak. Kandungan gulanya sedikit dan sesuai untuk diet bagi penghidap diabetes.

Strawberi juga dapat menghaluskan kulit dan membuat warna kulit terlihat lebih cerah dan bersih. Malah mempunyai faedah sebagai anti kedut.
Strawberi juga ada khasiat yang boleh memutihkan atau membersihkan permukaan gigi serta kuat melawan radang sendi.

Daun strawberi juga berkhasiat kerana memiliki zat astringen.

Meminum tiga hingga empat cangkir air hasil rebusan daun strawberi sehari, dapat menghentikan cirit-birit.

Keperluan harian vitamin C orang dewasa dapat dicukupkan oleh lapan buah strawberi (98mg). Keperluan serat juga sekali gus boleh dipenuhi.

Petua penyimpanan

Hati-hati dalam menyimpan buah ini, kerana strawberi yang
sudah mulai busuk dapat menular dengan sangat cepat ke strawberi lain yang disimpan bersama.

Strawberi biasanya dapat tahan empat hari tetapi di dalam peti ais, kalau kena caranya, boleh tahan sehingga sebulan.
MAHALKAH STRAWBERI DI MALAYSIA?
Paling murah yang boleh didapati di Cameron Highland anggaran RM18 setiap kg tetapi kalau di pasar raya RM10 untuk 250gm. So, jika ada peluang bercutilah di Cameron Highland.
 MASAMKAH  STRAWBERI MALAYSIA?
Rasanya agak masam tetapi tidaklah terlampau masam.. tetapi lebih sedap jika dicelup dengan madu atau coklat.


Sekian untuk info semua


Thursday, September 16, 2010

SIHAT DAN CANTIK..gandingan ideal

BerryGen..Collagen & Berries  Extract...pilihan untuk yang ingin sihat dan cantik



                                                       HARGA asal: RM 199.00
                        HARGA PROMOSI- RM 195.00 termasuk kos penghantaran
                            ( Belian di sini sahaja)

INFO BERRYGEN

Apa itu BerryGen ?
BerryGen merupakan makanan kesihatan iaitu gabungan terbaik kolagen dan ekstrak pelbagai jenis buah beri
(Blueberries, Rasberries,Strawberries dan Aerola)..ditambah dengan vitamin dan nutrien penting untuk kesihatan dan kecantikan...to renew, rejuvenate and protect..for healthier and younger.

Apakah kandungan BerryGen?
1. Antioksida- daripada pelbagai jenis buah beri yang berfungsi untuk menentang radikal bebas yang boleh merosakkan sel.
2. Kolagen - memelihara kekenyalan kulit dan memulihkan tisu penghubung.Kemerosotan kolagen menyebabkan kulit hilang kekenyalan dan masalah pada tisu penghubung seperti sakit lutut.
3.CoQ10- untuk kesihatan jantung.
4.L-Carnitine- untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lemak.
5.Gingko Biloba- untuk memingkatkan peredaran darah dan baik untuk membekalkan oksigen kepada otak.
6. Probiotik- untuk penghadaman, usus dan meningkatkan imunisasi.

All natural: free from chemical additives,preservatives, colouring and flavouring.

Apakah kebaikan BerryGen?
1.  Supplement all in one- pelbagai fungsi dalam 1 sachet.
2.  Rasa yang sedap- rasa buah beri yang enak.
3.  Kesan yang optimum- Struktur molekul yang halus membolehkan penyerapan
    sehingga 98%

Berapa sachet dalam 1 kotak?
Setiap kotak mempunyai 20 sachet dan disarankan pengambilan berterusan  sehingga 3 bulan.

Untuk yang baru nak cuba..tetapi tidak mahu menjadi ahli, sms saya untuk mendapatkan no.ID
( layak dapat diskaun 25%) Anda boleh membeli di stokis   Tupperware berhampiran...012-6746694