Tuesday, December 14, 2010

DONAT RAINBOW

Assalamualaikum.... baru  selesai memuaskan hati anak-anak dengan DONAT RAINBOW..donat celup coklat dan sedikit deco di atasnya.. Saya dah beberapa kali cuba membuat donat tetapi rasanya resipi nilah yang menghasilkan donat yang lembut dan sedap. Cara  buatnya pun berlainan sedikit daripada resipi biasa..mudah dan cepat.





RESIPINYA ...

BAHAN-BAHANNYA:

~ 500 gm tepung gandum
~ 1 paket yis mauripan
~ 50gm marjerin (saya guna butter)
~ 1 sudu makan shortening
~ 2 sudu makan gula pasir
~ 2 sudu makan susu tepung/ susu pekat (saya guna susu tepung)
~ 1 biji telur
~ 1/2 sudu teh garam
~ 200ml air suam

CARA-CARANYA:
1. Satukan yis,marjerin, shortening, gula pasir, dan susu ke dalam mixing bowl. 
    Biarkan 10 minit. Campuran ini akan berbuih.
2. Masukkan separuh tepung.
3. Masukkan telur yang dipukul sedikit.
4. Masukkan garam
5.Masukkan baki tepung tadi.
6.Kacau sebati menggunakan sudu atau sudip.
7. Uli dengan tangan hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan
8. Terap menggunakan acuan..kalau acuan kecil dapat 40 biji
9. Biarkan sekejap... donat akan naik sedikit dan ringan.
10.  Goreng dengan api yang sederhana.

...........kredit to Yuslindhia.  (Thanks sebab sudi berkongsi resipi..semoga terus diberi idea dan murah rezeki)                                      
                                    
Tips semasa menggoreng (supaya donat cantik dan tidak hangus)
~ Pastikan minyak tidak terlalu panas.
~ Jangan masuk terlampau banyak donat ke dalam kuali walaupun kuali besar kerana donat perlu kerap diterbalikkan supaya masak sekata.
~ Tutup api dahulu selepas setiap kali menggoreng..kerana minyak yang panas menyebabkan donat terus hitam sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kuali..tentu rupanya tak cantik.


Cuba ye...

0 comments: