Wednesday, December 15, 2010

MAHALKAH SAYUR ORGANIK???

SAYUR-SAYURAN ORGANIK

Salam semua... saya baru balik dari Jusco Bukit Tinggi Klang..walaupun dalam kesibukan  tetapi saya tetap akan mencuri masa ke sana untuk membeli sayur-sayuran . Mungkin ada yang tertanya-tanya..kenapa tak beli sayur di pasar atau pasar malam sahaja?

Jawapannya... saya dan keluarga hanya menikmati sayur organik.

 Mengapa saya memilih sayur organik?
 1. Bebas daripada bahan kimia. Sayur biasa sangat kaya dengan bahan kimia seperti racun serangga terutama sayuran hijau dan kubis.

 2. Rasanya lebih sedap...manis dan segar.. rasa sebenar sayur..cubalah..anda pasti tak mahu sayur biasa lagi.

3.Pelaburan untuk kesihatan kami sekeluarga.. kerana bahan kimia akan menjadi toksik di dalam bahan dan dalam jangka masa panjang, antara sedar atau tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Sedikit info tentang organik..

Menurut bapa teori organik Dr. Henry Cheng menyatakan bahawa makanan organik bermaksud semua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi,iaitu segala-galanya semulajadi. Contoh-contoh kaedah tanaman sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semulajadi atau tanah yang memang subur atau memasukan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. Keadaan ini menyebabkan tanah dioksidakan justeru itu meminimumkan pencemaran tanih,udara dan air di kawasan tanah itu.

SAYUR ORGANIK MAHAL...itu juga yang saya fikirkan sebelum  ini tetapi sebenarnya TIDAKLAH TERLALU MAHAL..mahal lagi baju, kasut, hand bag,make up dan barang-lain yang kita beli.

Biasanya satu paket sayur organik boleh dimasak 2 kali dengan harga sekali masak hanya RM 1.50..rasanya masih tidak mahal untuk kesihatan kita kan..


                                                          Kailan Organik RM 3.50


                                                    Bayam Merah Organik RM 2.40

                                                           Sawi Organik RM 2.99

                                                        Bayam Hijau Organik RM 2.40


                                                      Baby Kailan Organik RM 2.50

Brokoli Organik RM 3.99

Sekadar perkongsian kepada pengunjung semua... bolehlah cuba singgah di rak-rak sayur organik jika anda keluar shopping nanti..

MAKANAN IALAH ASET KESIHATAN


2 comments:

mimie said...

mak sy msk pon pkai sayur organik.suke!

Siti Idayu Rafida said...

Beruntung Mimi dapat ibu yang sangat prihatin terhadap kesihatan...sedapkan..yang penting bebas racun..