Saturday, January 29, 2011

CHOCOLALATE MOIST & CHEESE TART

Salam semua.. hari Khamis lepas saya agak sibuk. Sebelah paginya mesyuarat guru data sampai pukul 1.00 dan  sebelah petangnya menyiapkan  2 tempahan. 

Pertama....Chocolate Moist Cake 1.5 kg yang ditempah oleh  Pn.Tan..Guru Kanan  Sains dan Matematik. Berkali-kali dia ingatkan supaya jangan lupa buat kek ni.Pn Tan nak belanja semua cikgu sempena hari lahirnya ke-50..(orangnya nampak muda lagi). Main menunya nasi lemak sambal udang dan CMC ni lah..
Sorry ye..sebab letak angka 50 atas kek tu..apa pun HAPPY BIRTHDAY..



 Kedua...pagi-pagi tadi hp dah berdering. Ustazah Saidah minta buatkan 4 kotak cheese tart untuk diberi kepada rakan-rakan baiknya yang berbangsa Cina sempena CNY. Setiap tahun dia bagi kerepek tapi tahun ni nak kelainan sikit.Baik betul ustazah ni..So, satu kotak ada 15 biji cheese tart.



Weekend ni ada lagi CMC 2 biji dan cup cake 120 biji...semoga tiada apa-apa halangan untuk memenuhi permintaan kawan-kawan ni..

Wednesday, January 26, 2011

CHEESE CAKE

Tempahan cheese cake ni daripada K.Ja (Rosliza) untuk Birthday husbandnya tapi lupa tanya pula birthday yang ke berapa..mulanya order Chocolate Moist tapi lastnya tukar kepada  kek ni. 


Thanks ye K.Ja sebab sudi order..

Friday, January 21, 2011

HAPPY BIRTHDAY DINA

Birthday Dina pada 20 Januari 2011 ..yang ke-9. Permintaan Dina nak bawa cup cake untuk diberi kepada kawan-kawan sekelas dan muallimah yang mengajar di SRI Hira'Klang. So,untuk memenuhi permintaannya, saya pun buatlah 50 biji cup cake perisa strawberry dan di lorekkan nama Dina dengan coklat. Seronok bukan main dia..




                                  HAPPY BIRTHDAY DINA...
                   Semoga menjadi anak yang solehah

- Bolehlah kan.. walaupun tak secantik yang dah mahir..lepas ni ada tempahan daripada K.Aya pula..unuk Majlis Cukur Jambul cucu sulungnya.

Thursday, January 20, 2011

Pau..tercapai hajat di hati


Seronok sangat hari ni..sebabnya first time berjaya buat pau macam yang jual kat kedai..lembut dan gebu. Sebelum ni dah dua tiga kali buat pau tapi tak memenuhi piawai yang dihajati. Kali ni menjadi betul.

Baru keluar dari Trio Steamer...sebaiknya 9 biji sekali kukus..barulah tak melekat..

 Resepi pau ni diambil daripada Jurnal Resepi Bidaria tetapi telah dibuat sedikit pengubahsuaian..

Bahan-bahannya: (Menghasilkan 35 biji pau saiz besar)

Bahan A
300ml air suam
220m gula
2 paket yis mauripan (11gm x2 paket)

Bahan B
1 kg tepung Hong Kong (1kg dalam RM 6.50)
80 gm shortening
180ml air
1 tsp bread softener
2 tsp baking powder
2 tsp minyak masak (minyak jagung atau lain-lain)

Cara-caranya:

1. Satukan bahan A-kacau sebati dan biarkan 10 minit.(  Campuran ini akan berbuih-tandanya yis aktif)
2. Ayak tepung, baking powder dan bread softener ( 2 kali)
3. Satukan semua bahan B- agak-agak sebati -masukkan bahan A.
4. Uli hingga  menjadi doh. ( Saya guna hand mixer aje..dalam 10 minit)
5.Rehatkan doh 20 minit.

Sementara doh rehat:
-sediakan kertas minyak sebagai pelapik.
-sediakan inti -saya guna red bean( senang yang ready made- timbang 10 gram-bulat-bulatkan)

6. Timbang doh ikut saiz yang dikehendaki 
(saiz besar 50 gram doh,  10gm inti - dah balance)
 # Kalau nak comel-comel : 25gm doh, 5gm inti.

* Kalau doh melekat di tangan..lumurkan tangan dengan sedikit tepung gandum

7. Masuk inti..bulatkan.
8. Rehatkan 40 minit
9.Kukus 10-15 minit
* Kalau nak buat frozen- kukus 10 minit je. Bila nak makan kukus balik


Dinismum: Cubalah..pasti berpuas hati...
(nak buat cup cake pula..Dina nak bawa ke sekolah esok..cuti sehari tapi banyak projek memasak..)








TEMPAHAN Chocolate Moist Cake

Salam semua...

Kali pertama ambil tempahan Chocolate Moist Cake..ni gara-gara ada yang berkenan dengan kek yang dibawa ke sekolah masa jamuan perpisahan Pen.Kanan hari tu. Tempahan pertama ni daripada K.Leha,pengerusi Kelab Mesra kita orang. K.Leha tak nak strawberry..katanya nak makan-makan kat rumah sebab anak-anaknya ada kat rumah. Cuma problemnya tak  tau nak jual berapa? Nasib baik  Kak Antan sudi beri pendapat. So,jadilah CMC dengan topping ganache..




Tq ye K.Leha sebab sudi order..harap-harap berpuas hati..

Monday, January 17, 2011

CHEESE CAKE PETANG ISNIN

Salam semua..dah mengantuk tapi teringat nak post gambar mocha cheese cake yang dibuat semalam..simpan dalam freezer..hari ni baru menikmatinya. Cubaan kali kedua buat cheese cake tapi kali ni buat yang ada rasa coffee sikit...ala-ala ekspresso cheese cake kat SR. Apa pun ..anak-anak kata SEDAP.

Limited edition...sorang satu slice aje ye..


Resipinya tunggu esok ye..

Friday, January 14, 2011

TALAM JAGUNG DAN KEK COKLAT

Salam  semua...
Hujung minggu baru sempat update blog.
Tadi sebenarnya kat sekolah ada jamuan perpisahan ringkas. Penolong Kanan, Tn Hj.Mahamod dinaikkan pangkat sebagai pengetua di SMK Kelana Jaya.. jauh juga tu..Klang ke Kelana Jaya..fikirkan kesesakan jalan je..tapi Tn Hj ni relaks je. Memang tak tension bekerja dengannya..
Apa pun..Tahniah dan  Selamat Bertugas di tempat baru ye Tn.Hj...semoga terus sukses.
Bab menu pula..main menunya nasi lemak dan kuih muih.  So,ada kawan-kawan minta buatkan kuih talam dan ada yang nak coklat kek. So, hasilnya..talam jagung dan coklat kek.







Komen kawan-kawan:
Coklat kek- sedap..ada yang dah tempah 28hb ni..
Talam jagung- sedap sebab tak manis sangat..

DinisMum : Kalau ada jamuan lagi..nak try talam lain pula..harap-harap jadilah ..sebab bab masak-memasak ni kira try and error juga..makin kerap mencuba hasilnya semakin baik..

Monday, January 10, 2011

Jemput labu

Salam semua..sejak kembali bertugas ni..sibuknya tak terkata..walaupun tiap hari bekerja dengan lap top tapi tak sempat nak update blog...maklumlah tugas guru data bagi bulan Januari ni sangatlah mencabar..

Cuma kali ni nak share resipi mudah.Hari minggu baru ni, ketandusan idea nak buat breakfast..saya pun belek-belek buku resipi Chef Hanieliza..terjumpalah resipi jemput labu. Sedap juga dan mudah..lagi pun kalau beli sebiji labu..tak habis makan kalau buat sayur lemak je.


Jemput labu

Bahan-bahannya:

~ 200-250gm labu yang diparut.
~ 2 cawan tepung gandum
~1/2 cawan gula (kurangkan pun boleh)
~ 1/2 tsp garam
~ 1 tsp baking powder
~ 1 cawan air
* Ayak tepung gandum dengan baking powder dulu
Cara membuatnya:
- Satukan semua bahan. Adunan mesti kental (boleh dibulatkan)
- Goreng hingga kekuningan

Lebih sedap dinikmati semasa panas kerana jemput ini rangup di luar  dan lembut di dalam.Mungkin sebab dimasukkan baking powder. Sesekali rasanya macam tepung cucur adabi.So, bahan ni juga boleh guna untuk buat jemput lain..jagung, carrot dll.

Selamat Mencuba


Sunday, January 2, 2011

TUGAS MENANTI..


 Assalamualaikum semua...entri pertama tahun 2011 ni nak ucapkan ..........

SELAMAT KEMBALI BERTUGAS
khasnya kepada rakan-rakan guru dan semua guru di Malaysia
Pejam celik dah selesai cuti 6 minggu..kejap je. Esok tugas kita bermula dan semestinya semakin hari tugas seorang guru  semakin mencabar. Semoga kita semua terus bersemangat dan dikurniakan kesihatan yang baik dalam menjalankan tugas.

SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI SEKOLAH BARU
kepada rakan-rakan yang berjaya bertukar........semoga lebih selesa dan sukses di tempat baru.
~ Hasinah Othman- ke negeri Sabah
~ Wan Mariani- ke Melaka
~ Nor Jalilah -ke  daerah Kuala Langat
~ Noor Salsabil- ke KL


 SELAMAT MENERUSKAN PERJUANGAN
...............kepada semua anak didik khasnya tingkatan 5 Sains 2..SPM tahun ni...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
...........kepada anakanda Ahmad Zarif (UPSR tahun ni) dan Nursyazani Irdina 
(darjah 3) Sekolah Rendah Islam Hira', Klang..semoga tahun ini lebih baik.

SELAMAT  MENEMPUH ALAM TADIKA untuk Ahmad Arfan 
( Tadika Islam Naim, Taman Seri Andalas, Klang)

Friday, December 31, 2010

HAPPY BIRTHDAY DINI

Kali ni giliran Birthday si cilik Dini....on 27 Dec.2010..3 years old

HAPPY BIRTHDAY DINI....Semoga menjadi anak yang solehah..dan sentiasa menggembirakan ibu, abah, abang dan kakak.

Celebrate birthday Dini dibuat di Pizza Hut Seksyen 7 Shah Alam...selesa tempat ni. Main menunya Pizza Cheesy Lava...6 jenis cheese sebagai topping..special for cheese lover tapi kalau yang tak suka..agak muak sikit. Selain tu..favourite Pizza..Tuna delight..memang sedap.

Pizza cheese lava... full of cheese


DinisMum : Sorry ye Dini..tak ade kek..nanti mama buatkan special cake untuk Dini ye..nak kek apa?

KARNIVAL UPIN DAN UPIN



Dah berjanji dengan anak-anak... ke Karnival Upin dan Ipin di SACC Shah Alam (26.12.2010). Pengunjung petang Ahad ni taklah ramai sangat.. kira selesa untuk bawa anak-anak.

Info Karnival Upin dan Ipin
~ ada persembahan....menyentuh pasal Upin Ipin
~ gerai jualan... banyaknya booth jual coklat
~ jualan barang ori Upin Ipin....mahal-mahal barang ori ni
~ kehadiran maskot Upin Ipin...nak bergambar kena beli 
kupon RM 10





DinisMum: Mama harap kalian happy..

Thursday, December 30, 2010

KELAS TALAM CHEF ASMA

 Salam semua...



 Kerja penting sudah selesai..lagi 3 hari sekolah akan bermula..so, masa yang ada ni saya nak post beberapa yang dah lama terperap dek kesibukan yang melampau. 
Cuma dalam kesibukan itu saya sempat menghadiri kelas talam Chef Asma di Puchong. Entah macam mana sejak terjumpa dengan blog-blog masakan ni minat pula nak belajar masak. Lagi pun kuih talam memang menjadi kegemaran anak-anak dan jadi pilihan kalau ada jamuan dll. So, saya joinlah kelas pada 18 Disember 2010.

Info menarik tentang kelas:
~ Bilangan student tak ramai. Maksimum 10 orang je..
~ Chef ajar 12 jenis talam secara hands-on.. semua cuba buat dan ada beberapa resipi lagi.
~ Chef beri idea untuk buat pelbagai talam.
~ Ada tips-tips berdasarkan pengalaman chef
~ Teknik bisnes dan pemasaran pun ada disentuh sikit
~ Bawa balik kuih yang banyak..kenyang sangat.
~ Kalau ada masalah boleh contact chef selepas kelas.

~ Kalau betul cara yang chef ajar...memang kuih talam menjadi dan sedap..

Kacau pun ada tekniknya..chef betul-betul tekankan teknik kacau ni..

Ratakan bahagian bawah


Lapisan bawah talam lapis caribean


Antara kuih talam yang dah siap

Talam paling cantik..talam marble

Siap packing nak bawa balik..

Ni lah kuih talam yang belajar...

DinisMum: Kepada kawan-kawan yang join kelas hari tu..jangan lupa praktis ilmu yang dah belajar...lama-lama dah mahir boleh ambil order ye...

Saturday, December 25, 2010

SANGAT SIBUKKK...

  
Lamanya tak update blog... sebenarnya saya sangat sibuk..macam mana kesibukannya hanya kawan saya 
Cik Antan yang tahu ... sebabnya kami melakukan tugas yang sama..tapi yang respectnya cik Antan ni dalam sibuk-sibuk pun lagi masak dan ambil tempahan kek ...hampir setiap hari update blog..memang rajinlah...

Saya pula.. dalam sibuk tu sempat lagi join kelas masakan Chef Asma dan sempat juga cuba beberapa kuih talam yang belajar hari tu..anak-anak ni setiap hari asyik bertanya...

"Mama nak buat kuih talam apa hari ni??"
 Bila ada permintaan tu...buat jugalah walaupun  cuma ada kesempatan tengah malam. Lagi pun waktu cuti macam nilah nak puaskan tekak anak-anak... dah buka sekolah nanti..apa yang sempat je lah...

Cuma nak update blog je tak sempat..thanks pada pengunjung yang sudi singgah dan follow..bacalah entri yang tak seberapa..lepas ni banyak juga koleksi gambar nak post ..tunggu ye...

Wednesday, December 15, 2010

MAHALKAH SAYUR ORGANIK???

SAYUR-SAYURAN ORGANIK

Salam semua... saya baru balik dari Jusco Bukit Tinggi Klang..walaupun dalam kesibukan  tetapi saya tetap akan mencuri masa ke sana untuk membeli sayur-sayuran . Mungkin ada yang tertanya-tanya..kenapa tak beli sayur di pasar atau pasar malam sahaja?

Jawapannya... saya dan keluarga hanya menikmati sayur organik.

 Mengapa saya memilih sayur organik?
 1. Bebas daripada bahan kimia. Sayur biasa sangat kaya dengan bahan kimia seperti racun serangga terutama sayuran hijau dan kubis.

 2. Rasanya lebih sedap...manis dan segar.. rasa sebenar sayur..cubalah..anda pasti tak mahu sayur biasa lagi.

3.Pelaburan untuk kesihatan kami sekeluarga.. kerana bahan kimia akan menjadi toksik di dalam bahan dan dalam jangka masa panjang, antara sedar atau tidak memberi kesan kepada kesihatan.

Sedikit info tentang organik..

Menurut bapa teori organik Dr. Henry Cheng menyatakan bahawa makanan organik bermaksud semua produk pertanian yang bebas daripada baja, bahan kimia atau bahan tambahan sejak mula-mula lagi,iaitu segala-galanya semulajadi. Contoh-contoh kaedah tanaman sebegini termasuk membajak tanah secara tradisional, menggunakan baja semulajadi atau tanah yang memang subur atau memasukan cacing ke dalam tanah untuk menggemburkannya melalui aktiviti pengorekan lubang yang semula jadi. Keadaan ini menyebabkan tanah dioksidakan justeru itu meminimumkan pencemaran tanih,udara dan air di kawasan tanah itu.

SAYUR ORGANIK MAHAL...itu juga yang saya fikirkan sebelum  ini tetapi sebenarnya TIDAKLAH TERLALU MAHAL..mahal lagi baju, kasut, hand bag,make up dan barang-lain yang kita beli.

Biasanya satu paket sayur organik boleh dimasak 2 kali dengan harga sekali masak hanya RM 1.50..rasanya masih tidak mahal untuk kesihatan kita kan..


                                                          Kailan Organik RM 3.50


                                                    Bayam Merah Organik RM 2.40

                                                           Sawi Organik RM 2.99

                                                        Bayam Hijau Organik RM 2.40


                                                      Baby Kailan Organik RM 2.50

Brokoli Organik RM 3.99

Sekadar perkongsian kepada pengunjung semua... bolehlah cuba singgah di rak-rak sayur organik jika anda keluar shopping nanti..

MAKANAN IALAH ASET KESIHATAN


Tuesday, December 14, 2010

DONAT RAINBOW

Assalamualaikum.... baru  selesai memuaskan hati anak-anak dengan DONAT RAINBOW..donat celup coklat dan sedikit deco di atasnya.. Saya dah beberapa kali cuba membuat donat tetapi rasanya resipi nilah yang menghasilkan donat yang lembut dan sedap. Cara  buatnya pun berlainan sedikit daripada resipi biasa..mudah dan cepat.





RESIPINYA ...

BAHAN-BAHANNYA:

~ 500 gm tepung gandum
~ 1 paket yis mauripan
~ 50gm marjerin (saya guna butter)
~ 1 sudu makan shortening
~ 2 sudu makan gula pasir
~ 2 sudu makan susu tepung/ susu pekat (saya guna susu tepung)
~ 1 biji telur
~ 1/2 sudu teh garam
~ 200ml air suam

CARA-CARANYA:
1. Satukan yis,marjerin, shortening, gula pasir, dan susu ke dalam mixing bowl. 
    Biarkan 10 minit. Campuran ini akan berbuih.
2. Masukkan separuh tepung.
3. Masukkan telur yang dipukul sedikit.
4. Masukkan garam
5.Masukkan baki tepung tadi.
6.Kacau sebati menggunakan sudu atau sudip.
7. Uli dengan tangan hingga sebati dan adunan tidak melekat di tangan
8. Terap menggunakan acuan..kalau acuan kecil dapat 40 biji
9. Biarkan sekejap... donat akan naik sedikit dan ringan.
10.  Goreng dengan api yang sederhana.

...........kredit to Yuslindhia.  (Thanks sebab sudi berkongsi resipi..semoga terus diberi idea dan murah rezeki)                                      
                                    
Tips semasa menggoreng (supaya donat cantik dan tidak hangus)
~ Pastikan minyak tidak terlalu panas.
~ Jangan masuk terlampau banyak donat ke dalam kuali walaupun kuali besar kerana donat perlu kerap diterbalikkan supaya masak sekata.
~ Tutup api dahulu selepas setiap kali menggoreng..kerana minyak yang panas menyebabkan donat terus hitam sebaik sahaja dimasukkan ke dalam kuali..tentu rupanya tak cantik.


Cuba ye...

Monday, December 13, 2010

PERNAH CUBA??

 Salam semua..
kali ni nak perkenalkan sikit produk bisnes saya iaitu 
                               BARLEY PEANUT CANDY..
Mungkin ada yang pernah rasa yang mungkin ada yang belum pernah cuba..



Rupa isi dalamnya..

Info sikit...
~ dikenali juga sebagai kacang tumbuk bersalut 
   dengan barley
~ rasanya memang sedap...dan unik
~ dipek secara individu..senang bawa
~ ada 3 perasa  ..original, coffee dan sesame
~ sesuai juga dijadikan gift untuk pelbagai majlis
~ dijual secara secara timbangan (kilogram)dengan pelbagai pakej harga mengikut kuantiti.
~ satu KG mempunyai anggaran 95 biji
~ penghantaran boleh dibuat ke seluruh negara

Secara ringkasnya harga bermula RM24 setiap kg dengan minimum order 4 KG. Kalau kurang 4kg,RM30/KG

Bisnes ni saya dah mulakan beberapa bulan lepas dan alhamdulillah sambutannya sangat menggalakkan dan kalau nak maklumat lebih lanjut..klik di sini.

Kalau berminat hubungi saya ye...
 

Sunday, December 12, 2010

SEAFOOD PANTAI JERAM


 Salam semua...event family minggu ini ....makan seafood kat Pantai Jeram, Jeram (on the way ke Kuala Selangor) sempena celebrate birthday my husband (11 Dec)...YANG KE-???
Walaupun agak jauh .. 32km dari Klang tapi kat sini memang best..tapi kena sampai sana lebih kurang 6  petang...kalau lewat alamatnya bersesaklah..tambahan pula hujung minggu..sebabnya SEAFOODnya FRESH DAN HARGA kira oklah...kemudahan surau pun ada kat sini

Kat Jeram ni ada 2 restoran : Aroma Ikan Bakar dan Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram. Dah pernah cuba kat Aroma Ikan Bakar..so, kali ni kat Restoran Ikan Bakar Pantai Jeram pula. Kedua-duanya ada kelebihan..

Mula-mula pilih ikan or apa-apa seafood yang nak..inform nak masak apa..tak tunggu lama.. dalam kurang setengah jam dah sampai..so, sementara  tu bolehlah menikmati keindahan pantai.

HAPPY BIRTHDAY ABAH...

Bertiga je???

Dua beradik...


Pemandangan Pantai Jeram
Si kecil Dini...macam dah lapar...


                                           Makanan dah sampai...
                                            ~ Ikan terubuk bakar
                                           ~ Tomyam sotong
                                           ~ Sotong goreng tepung
                                           ~ Udang goreng tepung
                                           ~ Kerang bakar
                                           ~ nasi putih
                                           ~ sirap limau


Berseleranya makan....
Lastly...semoga event macam ni dapat mengeratkan lagi hubungan kita sekeluarga..next birthday siapa pula ye??? Si kecil Dini lah...27 Dec..
makan kat mana??? Nanti kita fikir sama-sama ye..

 Lots of love..