Salam semua.. hari Khamis lepas saya agak sibuk. Sebelah paginya mesyuarat guru data sampai pukul 1.00 dan sebelah petangnya menyiapkan 2 tempahan.
Pertama....Chocolate Moist Cake 1.5 kg yang ditempah oleh Pn.Tan..Guru Kanan Sains dan Matematik. Berkali-kali dia ingatkan supaya jangan lupa buat kek ni.Pn Tan nak belanja semua cikgu sempena hari lahirnya ke-50..(orangnya nampak muda lagi). Main menunya nasi lemak sambal udang dan CMC ni lah..
Sorry ye..sebab letak angka 50 atas kek tu..apa pun HAPPY BIRTHDAY..
Kedua...pagi-pagi tadi hp dah berdering. Ustazah Saidah minta buatkan 4 kotak cheese tart untuk diberi kepada rakan-rakan baiknya yang berbangsa Cina sempena CNY. Setiap tahun dia bagi kerepek tapi tahun ni nak kelainan sikit.Baik betul ustazah ni..So, satu kotak ada 15 biji cheese tart.
Weekend ni ada lagi CMC 2 biji dan cup cake 120 biji...semoga tiada apa-apa halangan untuk memenuhi permintaan kawan-kawan ni..
1 comments:
aslmkm...t.kasih bgtau pasal tupperware tu..hihi
hritu tanya psal B< kan, tak pandai nak jawabla..tupun baru 1st time beli jenma Cosway tu..takat ni okla..senng nak bikin roti
nak tanya gak, berapa RM jual kek cokl.moist tu yer?
Post a Comment