Thursday, January 20, 2011

Pau..tercapai hajat di hati


Seronok sangat hari ni..sebabnya first time berjaya buat pau macam yang jual kat kedai..lembut dan gebu. Sebelum ni dah dua tiga kali buat pau tapi tak memenuhi piawai yang dihajati. Kali ni menjadi betul.

Baru keluar dari Trio Steamer...sebaiknya 9 biji sekali kukus..barulah tak melekat..

 Resepi pau ni diambil daripada Jurnal Resepi Bidaria tetapi telah dibuat sedikit pengubahsuaian..

Bahan-bahannya: (Menghasilkan 35 biji pau saiz besar)

Bahan A
300ml air suam
220m gula
2 paket yis mauripan (11gm x2 paket)

Bahan B
1 kg tepung Hong Kong (1kg dalam RM 6.50)
80 gm shortening
180ml air
1 tsp bread softener
2 tsp baking powder
2 tsp minyak masak (minyak jagung atau lain-lain)

Cara-caranya:

1. Satukan bahan A-kacau sebati dan biarkan 10 minit.(  Campuran ini akan berbuih-tandanya yis aktif)
2. Ayak tepung, baking powder dan bread softener ( 2 kali)
3. Satukan semua bahan B- agak-agak sebati -masukkan bahan A.
4. Uli hingga  menjadi doh. ( Saya guna hand mixer aje..dalam 10 minit)
5.Rehatkan doh 20 minit.

Sementara doh rehat:
-sediakan kertas minyak sebagai pelapik.
-sediakan inti -saya guna red bean( senang yang ready made- timbang 10 gram-bulat-bulatkan)

6. Timbang doh ikut saiz yang dikehendaki 
(saiz besar 50 gram doh,  10gm inti - dah balance)
 # Kalau nak comel-comel : 25gm doh, 5gm inti.

* Kalau doh melekat di tangan..lumurkan tangan dengan sedikit tepung gandum

7. Masuk inti..bulatkan.
8. Rehatkan 40 minit
9.Kukus 10-15 minit
* Kalau nak buat frozen- kukus 10 minit je. Bila nak makan kukus balik


Dinismum: Cubalah..pasti berpuas hati...
(nak buat cup cake pula..Dina nak bawa ke sekolah esok..cuti sehari tapi banyak projek memasak..)








3 comments:

hana said...

salam mama dini..
tima kasih yer kongsikan resepi pau nih... nanti boleh cuba bila2 masa... cuma masalah kat sini nak dptkan tepung pau/tpg hongkong jer yg susah....

Hana Rawi said...

kt mana nk beli tepung hongkong?

Dini's Mum @ Ayu said...

To: Hana
Tepung Hong Kong beli kat kedai yang jual barang bakeri. 1 kg dalam RM 6.50..tepung ni halus dan menjadi rahsia pau yang halus dan gebu.