Sunday, May 15, 2011

SI KECIL DAN PEMBANTU RUMAH...kisah sedih kami..


Salam semua..lama betul tak bersiaran..maklumlah aktiviti masak- memasak dah dikurangkan sejak tiada pembantu rumah ..tapi tempahan sikit-sikit masih terima lagi kecuali urgent order..sedar-sedar bulan Mei ni belum satu pun post baru..Mei ni juga kami dikejutkan dengan satu pengalaman berkaitan PEMBANTU RUMAH @MAID@BIBIK...pengalaman 5 tahun dengan 2 orang maid yang ok menyebabkan kami tersentak..kesal.

3/5/2011..seorang ejen dari Bangi membekalkan pembantu rumah dari Jawa..disebabkan dah sebulan lebih menunggu, kami pun ambillah..dengan harapan maid dari Jawa lebih baik dari maid Medan. Namun...kami bertawakkal membuat keputusan itu..kerana dari pandangan awal tentu tidak dapat memberi gambaran sifat dan peribadi seseorang.

4/5/2011...kebetulan kami satu family tak sihat..anak-anak muntah dan tak dapat ke sekolah.Saya terpaksa CRK kerana kesian tengok anak-anak..sambil tu boleh latih maid dengan kerja-kerja rumah.
Maid nampak ok..

5/5/2011..semua ke sekolah..tinggal si Dini aje dengan maid..tawakkal juga tapi memandangkan 2 maid yang lepas ok...berat hati mengatakan kali ni juga ok. TAPI.......lebih kurang pukul 12 th (saya sedang mengajar) beberapa miss call dan sms daripada jiran..MAID LARI DAN MENINGGALKAN ANAK KECIL BERUSIA 3 TAHUN SENDIRIAN MENANGIS KELAPARAN...Nasib baik jiran sebelah saya yang masih dalam cuti bersalin perasan anak saya menangis lebih kurang 1/2 jam minta susu..dia datang buka pintu dan buatkan susu. BAYANGKAN JIKA ANAK KECIL SAYA DIBAWA BERSAMA.. tetapi dia meninggalkan anak saya dengan pintu dan grill yang berkunci, tanpa membawa apa pun barang kepunyaannya...

Ejen berjanji untuk bertanggungjawab...semoga janji dikotakan..kami juga membuat laporan polis untuk melindungi apa-apa perkara yang mungkin berlaku..
Pengalaman ini menyebabkan kami bertekad..tidak mengambil maid lagi..hantar  je anak-anak ke nurseri..lebih selamat walaupun memang penat menguruskan kerja rumah yang takkan selesai.

Mungkin cerita ini biasa..tetapi selagi yang biasa dibiarkan tanpa tindakan pihak berwajib..yang luar biasa pasti berlaku..
Nilailah...wajarkah kerajaan kita menerima tuntutan negara jiran berkaitan hak dan kebajikan pembantu rumah..sedangkan saban hari kita menghadapi masalah pembantu rumah yang pelbagai rencamnya..siapa akan membela kita??????????????????????

Sekadar perkongsian...pengalaman mendewasakan kita..

Saturday, April 23, 2011

Thanks for award






Salam semua..thanks tu Kak Antan (http://antanbertingkah.blogspot.com) yang sudi bagi award ni. Sorry ye K.Antan sebab baru ambil award ni...dek kesibukan yang melampau dan baru-baru ni lap top diserang virus..

Cerita sikit tentang diri ye..
-Nama sebenar- Siti Idayu Rafida..orang panggil Ayu aje..berasal dari Utara.
- Seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya mata ..2 putera dan 2 puteri
- Kerjaya- Seorang guru ..bertugas di sebuah sekolah menengah di Pelabuhan Klang.
Opsyen Bahasa Melayu (dari USM,tahun 1999...ada sesiapa yang sama batch?? )
-Minat dalam bidang bakeri (suka-suka aje..puas hati dapat bagi family makan puas-puas). Ambil tempahan pun suka-suka. Masih dalam usaha menambah ilmu dalam bidang ini (ehem..mana tahu bila dah pencen nanti boleh buka bakeri.)
-Prinsip..buat sesuatu biarlah sampai yang terbaik.

Monday, April 18, 2011

PEMBANTU RUMAH..antara pro dan kontra..



Assalamualaikum semua..lama betul tak bersiaran..sebabnya saya sangatlah sibuk..sibuk apa ye??? Sebenarnya sibuk dengan penyesuaian dengan tugas harian tanpa pembantu rumah @ maid. Memanglah sibuk tak terkata..dengan kerja dan balik rumah nak bereskan kerja-kerja rumah , menyediakan kelengkapan anak-anak dan melayan karenah mereka. Kadang-kadang asyik naik angin je..nak senyum pun susah...

Kali  nak cerita sikitlah hal maid ni...sekadar perkongsian pengalaman.. Saya mula mengambil pembantu rumah pada tahun 2006 sebelum bersalin anak ke-3. Sedar tak sedar.. dah 5 orang maid saya kenal ragamnya..

Maid pertama... muda...tahan sebulan aje..muda ..dan  ada cerita yang tidak benar dibuatnya..pernah memberontak dan berkurung dalam bilik..mungkin puncanya saya tidak benarkan guna handphone..so, saya pulangkan kepada ejen.

Kedua..umur 40-an..nampak ok sangat...tapi sayang betul sebab tak lulus FOMEMA..so, pulangkan juga.

Ketiga.. umur 40-an dari Acheh..kerja 2 tahun dengan saya..kerjanya agak slow tetapi teliti..

Keempat..dari Tanjung Balai..umur 25.. kerja 3 tahun dengan saya..berhenti kerana dijodohkan oleh keluarganya..Banyak terima tunjuk ajar dan kena marah dengan saya (tujuan nak mendidik)..

Kelima...baru-baru ini ..muda..tapi sehari sahaja di rumah saya ..dah menangis-nangis nak balik..puncanya saya tidak benarkan guna hand phone dan mungkin rimas dengan arahan saya yang minta menjaga solat 5 waktu dan menutup aurat..dan banyak berbohong...saya pulangkan kepada ejen sebelum dia lari dari rumah saya..

Sekarang saya menunggu maid seterusnya..ENTAH BILA??? Bukan senang nak dapat maid yang betul-betul baik..

Kebaikan ada maid..(kalau dapat maid yang oklah..)
- hati senang..rumah sentiasa kemas..kerja-kerja rumah beres
- pagi-pagi tak perlu terkocoh-kocoh hantar anak ke nurseri
-anak-anak kurang dapat penyakit demam dan selesema yang biasa bagi anak-anak yang tinggal di nurseri.
-anak-anak lebih selesa sebab berada di rumah sendiri.
-boleh buat kerja tambahan ( macam saya..bolehlah buat projek masak-memasak sebab ada orang nak cuci  peralatan selepas tu)

Keburukan
-SAKIT KEPALA- kalau dapat maid yang banyak ragam .Ada maid  yang tak pandai beza statusnya di rumah majikan.
-kosnya tinggi.
-mungkin ada yang tak selesa sebab ada orang lain di rumah kita
-anak-anak kurang bergaul sebab asyik di rumah aje..
-kalau dapat maid yang bercakap bohong dan panjang tangan..lagilah GERAM

 Apa-apa pun ...jika memilih untuk mengambil maid..kita mestilah bersedia berhadapan dengan risiko dan  bijak menangani karenah mereka ..

Jumpa lagi..

Saturday, March 26, 2011

Tart Shell

Salam semua..entry sekadar nak update tempahan tart shell baru-baru ini dan untuk ucapkan terima kasih kepada yang sudi menempah walaupun tak kenal..melalui call dan sms aje..

Tempahan 100 pcs tart shell saiz S (4.5 cm) daripada Vass@ Shah Alam...dikirim melalui  office matenya yang tinggal kat Andalas. Vass minta bakar biar garing sikit...


Yang ni pula daripada Nisa @ Bukit Kuda,Klang...100pcs saiz 4.5 cm.Kata Nisa nak buat makan-makan esoknya kat office. Lepas maghrib datang ambil..walaupun dekat je..Nisa search google map untuk sampai ke Andalas ni..

Lagi satu tempahan Lin @ Banting..50pcs (tapi gambar lupa snap) Sorry ye Lin..lewat petang datang dari Banting.

Terima kasih kepada yang sudi menempah..

Saturday, March 19, 2011

CUP CAKE

Assalamualaikum semua...
kali ni saja-saja nak post pasal cup cake. Cup cake ni bukan tempahan sesiapa tapi saya buatkan untuk peserta program Masjid Ar-Rahimiah Taman Seri Andalas. Tiap kali cuti sekolah memang ada program yang dibuat..untuk anak-anak mengisi masa lapang. Kali ni Dina aje yang join sebab Zarif ada program kat Hira'. Saya buatkan untuk diberi pada hari akhir..kebetulan hari Jumaat..

                                                                  Cup cake oren





                                      Deco yang simple aje..guna butter cream yang kurang manis


Sekadar untuk cuci mata...Jumpa lagi..

Friday, March 18, 2011

Cheese Tart 2 jam

Post ketiga hari ni..pasal tempahan Cheese Tart..sorry le kalau sakit mata tengok cheese tart ni..

Tempahan 2  jam ni daripada K.Gee..rakan sekerja dan jiran satu taman.
Plannya nak buat Blueberry Cheese Tart untuk K.Gee sebelah malam....tapi pukul 3 petang dia dah call..minta buatkan cheese tartnya..apa lagi..terus masuk dapur. Dekat-dekat pukul 5 siaplah 3 kotak @ 12 biji untuk K.Gee..blueberry semuanya. Yang lebih tu..buat minum petang. Tak sampai 10 minit dah habis licin. Memang berebut anak-anak saya ni kalau dengan cheese tart.


Kebetulan ada lebih...untuk K.Gee rasa flavour lain..




Thanks ye K.Gee..harap-harap berpuas hati..

Cheese Tart sebelum cuti..

Tempahan hari akhir sekolah sebelum cuti pula..


25 biji cheese tart dalam kotak transparent ni daripada Ustazah Rozanita. Katanya untuk majlis sepupunya (tak ingat pula kahwin atau bertunang)


Tempahan daripada Intan Rahayu..cikgu baru kat sekolah tu..lepas tengok blog ni dia terus SMS nak order 2 kotak @ 25 biji untuk dibawa balik kampung di Kedah..katanya "teringin tengok"..maklumlah orang tengah mabuk-mabuk...sorry ye Intan..



Repeat order daripada Pn.Low.. 2 kotak @ 12 biji.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan..

Tempahan cheese tart lagi..

Salam semua..kejap aje cuti seminggu..hari ni dah Jumaat..lagi 2 hari sekolah akan buka semula.So, petang  ni saja nak luangkan masa unuk post gambar-gambar tempahan cheese tart sebelum cuti.

Tempahan daripada Normilah..4 kotak @ 12 biji untuk diberi kepada kawan-kawannya..murah hati Milah ni..semoga dimurahkan rezeki.




Tempahan daripada Anida.. kata Nida dia tak sempat nak menempah  masa kawan-kawan sesi petang buat tempahan. Anak-anaknya suka sangat..

Tempahan daripada Pn.Low..dia nampak cheese tart  ni kat laptop saya..kebetulan hari Sabtu Pn Low ada gathering dengan kawan-kawannya. So, Pn.Low tempahlah 2 kotak@ 12 biji


Tempahan Rosliza dan Rosni...2 kotak @ 12 biji juga




Tempahan Milah lagi..kali ni 2 kotak lagi untuk Kak Lang ,pengasuh anaknya..


Yang ni pula Milah bagi pada K.Gee..saya hantar ke rumahnya sebaik saja keluar daripada oven sebab K.Gee suka yang panas-panas. Dah tu K.Gee sms..."sedap giler" katanya..tq..




Thanks kepada yang sudi memempah...

Sunday, March 13, 2011

Cheese Tart Azimah..

Salam semua..petang Ahad ni..balik dari majlis kahwin tadi..terasa nak update tempahan cheese tart..kecil pula hati tuan yang menempah kalau gambar  tempahan tak post..

Tempahan ni daripada Azimah..cikgu STAR Klang..2 kotak @25pcs cheese tart..Azimah minta campur blueberry dan strawberry. Regular customer ni..



Thanks Zimah.......

Thanks for coming..



Hari ni saja-saja nak tukar template blog..sebabnya banyak entri pasal masak-masak..so, saya pun carilah template yang lebih sesuai..tapi kandungan blog ni masih sama.
  Sesuai ke template ni???? Silalah komen
Thanks kepada yang sudi singgah kat blog ni..jangan lupa tinggalkan jejak anda..nanti boleh singgah balik.

Entri suka-suka hari ni nak ucapkan ........

Selamat Bercuti kepada semua..(tak dapat balik kampung sebab..Zarif ada kelas tambahan dan menguruskan maid baru)

Jumpa lagi...

Monday, March 7, 2011

Cheese Tart Day...

Salam semua...lama tak update blog..sibuk dengan tugas harian dan lagi satu..sibuk dengan tempahan Cheese Tart.. so, inilah tempahan yang paling banyak dalam satu hari..sebab tulah gelarkan Cheese Tart Day..



             Tempahan daripada Ustazah Rozanita untuk penceramah undangan Program Maulidur-Rasul



 
Tempahan kawan-kawan lain...10 kotak pek saiz M (12 biji)


                                               Tempahan K.Su...1 kotak 25pcs

Tq  kepada yang sudi menempah...harap berpuas hati..

Thursday, February 24, 2011

Cheese tart..

Tempahan mix cheese tart daripada Ustazah Rozanita untuk dihadiahkan kepada ustaz jemputan yang datang untuk ceramah Maulidur Rasul sesi petang . Ustazah minta letak dalam kotak transparent macam ni..lebih cantik dan sesuai sebagai cenderahati..


Thanks ye Ustazah..


Monday, February 21, 2011

Cheese Tart lagi..

Baru siap..tempahan Cikgu Muzu ....1 box (25 pcs) blueberry cheese tart..untuk makan -makan aje..


Tq..harap berpuas hati..

Tempahan lagi..

Tempahan ni daripada Cikgu Azimah, STAR Klang untuk Birthday anak perempuannya Auni atau panggilan manja Anja. Azimah order 50 biji cup cake (perisa oren dan strawberry)..atasnya tulis nama Anja dan Auni..

HAPPY BIRTHDAY AUNI @ ANJA ..Semoga menjadi anak yang solehah.



Ni pula..strawberry cheese tart..


Tempahan 1 kotak mix cheese tart daripada Cikgu Idawati @ K.Ida..Shahbandaraya..


Tq ye Azimah dan K.Ida..kalau sedap boleh order lagi..

Thursday, February 17, 2011

Tempahan Cheese Tart

Tempahan daripada Pn.Loh Lan..50pcs cheese tart untuk makan-makan aje..Esoknya cheese tart dah habis sebab anak-anaknya tak berhenti makan...

 Tq ye ..

Monday, February 14, 2011

ROTI pula..

Salam semua..saya memang dah lama teringin nak buat roti..tapi bila terkenangkan ramai yang kata..buat roti susah..kena uli gila-gila baru jadi , kena ada bread maker dll..rasa malas nak cuba.. Rupanya ..bila dah cuba..tak adalah susah sangat..cuma mengambil masa yang lama kerana doh perlu direhatkan beberapa kali..

Inilah hasilnya....namanya ENGLISH COTTAGE BREAD



Sesiapa yang nak cuba..ikut resipi ni ye..

A. 400gm tepung roti
     100 gm tepung gandum
     45gm gula
     1 tsp garam
     2 tbs susu tepung
     3 1/2 tsp yis segera

B. 1 biji telur
     260 ml air sejuk (air dalam peti ais)

C. 60 gm butter

Cara-caranya:
1. Sebatikan bahan A (guna tangan aje)
2. Masukkan bahan B
3. Uli selama 15-20 minit ( guna mixer) hingga menjadi doh yang kenyal dan elastik
4.Rehatkan doh ( 1 jam)
5.Bahagi doh kepada 2 bahagian- bentukkan bulat 
6.Rehat doh (10 minit)
7. Leperkan doh- gulung seperti buat swiss roll.
8.Masukkan 1 gulung ke dalam setiap acuan yang sudah digris dengan butter dan tepung 
( Saya guna acuan 8 x 4.5x 4.5).
9.Rehat doh (45 minit)
10.Belah sedikit pada bahagian atas doh- sapu butter dan taburkan gula
11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
12.Keluarkan daripada acuan dan biar sejuk sedikit sebelum dipotong.

Tak perlu beli roti lagi...Selamat Mencuba.

Sunday, February 13, 2011

Tempahan talam tokyo dan talam cendol

Hari ni pagi-pagi lagi saya bangun untuk menyiapkan tempahan 2 jenis talam..talam tokyo dan talam cendol. Tempahan ni daripada K.Roslin yang mengadakan kenduri doa selamat sempena anaknya ,Amira akan berangkat ke Australia minggu depan. Amira akan menyambung pelajaran dalam bidang chemical engineering . 

Tahniah untuk K.Lin dan Amira.

                                                  Talam tokyo..sedap dan unik rasanya..

                                           Talam cendol...bila potong baru nampak cendolnya

                                  Saja buat..buah tangan untuk Amira....semoga tercapai cita-cita

# Sesiapa area Taman Seri Andalas  yang nak order kuih talam dll...bolehlah hubungi saya ye..

Saturday, February 12, 2011

TEMPAHAN TART SHELL

Tempahan 100 pcs tart shell ni daripada  Nurul kat Shah Alam..minggu lepas lagi. Nurul datang ambil sendiri kat Klang.Kata Nurul dia nak makan cheese tart tapi leceh nak buat shellnya. So, dia sms tempahan malamnya dan esok datang ambil. Memang kalau tak biasa buat shell ni..agak leceh..sebab nak pastikan ketebalan dan warna yang sekata . Thanks Nurul..


Kepada sesiapa nak tempah tart shell ni..call/sms saya ye..sebaiknya 2 hari sebelum..

Harga tart shell
Saiz S (4.5 cm)-sesuai untuk cheese tart
   - 50pcs : RM 15
  - 100pcs : RM 28

Saiz M (5 cm)-sesuai untuk fruit tart
- 50 pcs  : RM18
-100 pcs : RM 35

Tuesday, February 8, 2011

Kelas masakan Chef Fauziah

Semalam 6 Feb. saya sempat menghadiri Kelas Chef Fauziah di Bagus Klang. Memang teringin sangat nak belajar kek ala-ala Secret Recipe. Lepas ni boleh buat sendiri..kan jimat belanja sebab kek kat SR tu boleh tahan juga harganya..so, sekarang tahulah serba sedikit SECRETnya..

Info Kelas:
- Kelas secara demo selama 3 jam.
- Demo 3 jenis kek dan dapat 2 resipi  percuma.
- Chef Fauziah banyak bagi tips-tips dalam pembuatan kek ni..
- Chef tak kedekut tau..boleh tanya apa-apa soalan..banyak ilmu chef ni
- Orangnya friendly..so, kelas tak boring.
-Dapatlah bawa balik seorang satu slice bagi 3 jenis yang belajar tu..


Chef tengah ajar cara decor kek Banana Indulgences

Ni lah keknya...Strawberry Cheese, Tiramisu dan Banana Indulgences
...Kena cepat-cepat buat ni..nanti lupa