2 weeks ago
Monday, April 18, 2011
PEMBANTU RUMAH..antara pro dan kontra..
Assalamualaikum semua..lama betul tak bersiaran..sebabnya saya sangatlah sibuk..sibuk apa ye??? Sebenarnya sibuk dengan penyesuaian dengan tugas harian tanpa pembantu rumah @ maid. Memanglah sibuk tak terkata..dengan kerja dan balik rumah nak bereskan kerja-kerja rumah , menyediakan kelengkapan anak-anak dan melayan karenah mereka. Kadang-kadang asyik naik angin je..nak senyum pun susah...
Kali nak cerita sikitlah hal maid ni...sekadar perkongsian pengalaman.. Saya mula mengambil pembantu rumah pada tahun 2006 sebelum bersalin anak ke-3. Sedar tak sedar.. dah 5 orang maid saya kenal ragamnya..
Maid pertama... muda...tahan sebulan aje..muda ..dan ada cerita yang tidak benar dibuatnya..pernah memberontak dan berkurung dalam bilik..mungkin puncanya saya tidak benarkan guna handphone..so, saya pulangkan kepada ejen.
Kedua..umur 40-an..nampak ok sangat...tapi sayang betul sebab tak lulus FOMEMA..so, pulangkan juga.
Ketiga.. umur 40-an dari Acheh..kerja 2 tahun dengan saya..kerjanya agak slow tetapi teliti..
Keempat..dari Tanjung Balai..umur 25.. kerja 3 tahun dengan saya..berhenti kerana dijodohkan oleh keluarganya..Banyak terima tunjuk ajar dan kena marah dengan saya (tujuan nak mendidik)..
Kelima...baru-baru ini ..muda..tapi sehari sahaja di rumah saya ..dah menangis-nangis nak balik..puncanya saya tidak benarkan guna hand phone dan mungkin rimas dengan arahan saya yang minta menjaga solat 5 waktu dan menutup aurat..dan banyak berbohong...saya pulangkan kepada ejen sebelum dia lari dari rumah saya..
Sekarang saya menunggu maid seterusnya..ENTAH BILA??? Bukan senang nak dapat maid yang betul-betul baik..
Kebaikan ada maid..(kalau dapat maid yang oklah..)
- hati senang..rumah sentiasa kemas..kerja-kerja rumah beres
- pagi-pagi tak perlu terkocoh-kocoh hantar anak ke nurseri
-anak-anak kurang dapat penyakit demam dan selesema yang biasa bagi anak-anak yang tinggal di nurseri.
-anak-anak lebih selesa sebab berada di rumah sendiri.
-boleh buat kerja tambahan ( macam saya..bolehlah buat projek masak-memasak sebab ada orang nak cuci peralatan selepas tu)
Keburukan
-SAKIT KEPALA- kalau dapat maid yang banyak ragam .Ada maid yang tak pandai beza statusnya di rumah majikan.
-kosnya tinggi.
-mungkin ada yang tak selesa sebab ada orang lain di rumah kita
-anak-anak kurang bergaul sebab asyik di rumah aje..
-kalau dapat maid yang bercakap bohong dan panjang tangan..lagilah GERAM
Apa-apa pun ...jika memilih untuk mengambil maid..kita mestilah bersedia berhadapan dengan risiko dan bijak menangani karenah mereka ..
Jumpa lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
Salam Ayu...kak ada pengalaman dngan seorang maid jer... tapi cukuplah...biarlah rumah bersepah dan badan tersangat penat...tapi hati senang...
Post a Comment