Saturday, March 26, 2011

Tart Shell

Salam semua..entry sekadar nak update tempahan tart shell baru-baru ini dan untuk ucapkan terima kasih kepada yang sudi menempah walaupun tak kenal..melalui call dan sms aje..

Tempahan 100 pcs tart shell saiz S (4.5 cm) daripada Vass@ Shah Alam...dikirim melalui  office matenya yang tinggal kat Andalas. Vass minta bakar biar garing sikit...


Yang ni pula daripada Nisa @ Bukit Kuda,Klang...100pcs saiz 4.5 cm.Kata Nisa nak buat makan-makan esoknya kat office. Lepas maghrib datang ambil..walaupun dekat je..Nisa search google map untuk sampai ke Andalas ni..

Lagi satu tempahan Lin @ Banting..50pcs (tapi gambar lupa snap) Sorry ye Lin..lewat petang datang dari Banting.

Terima kasih kepada yang sudi menempah..

Saturday, March 19, 2011

CUP CAKE

Assalamualaikum semua...
kali ni saja-saja nak post pasal cup cake. Cup cake ni bukan tempahan sesiapa tapi saya buatkan untuk peserta program Masjid Ar-Rahimiah Taman Seri Andalas. Tiap kali cuti sekolah memang ada program yang dibuat..untuk anak-anak mengisi masa lapang. Kali ni Dina aje yang join sebab Zarif ada program kat Hira'. Saya buatkan untuk diberi pada hari akhir..kebetulan hari Jumaat..

                                                                  Cup cake oren





                                      Deco yang simple aje..guna butter cream yang kurang manis


Sekadar untuk cuci mata...Jumpa lagi..

Friday, March 18, 2011

Cheese Tart 2 jam

Post ketiga hari ni..pasal tempahan Cheese Tart..sorry le kalau sakit mata tengok cheese tart ni..

Tempahan 2  jam ni daripada K.Gee..rakan sekerja dan jiran satu taman.
Plannya nak buat Blueberry Cheese Tart untuk K.Gee sebelah malam....tapi pukul 3 petang dia dah call..minta buatkan cheese tartnya..apa lagi..terus masuk dapur. Dekat-dekat pukul 5 siaplah 3 kotak @ 12 biji untuk K.Gee..blueberry semuanya. Yang lebih tu..buat minum petang. Tak sampai 10 minit dah habis licin. Memang berebut anak-anak saya ni kalau dengan cheese tart.


Kebetulan ada lebih...untuk K.Gee rasa flavour lain..




Thanks ye K.Gee..harap-harap berpuas hati..

Cheese Tart sebelum cuti..

Tempahan hari akhir sekolah sebelum cuti pula..


25 biji cheese tart dalam kotak transparent ni daripada Ustazah Rozanita. Katanya untuk majlis sepupunya (tak ingat pula kahwin atau bertunang)


Tempahan daripada Intan Rahayu..cikgu baru kat sekolah tu..lepas tengok blog ni dia terus SMS nak order 2 kotak @ 25 biji untuk dibawa balik kampung di Kedah..katanya "teringin tengok"..maklumlah orang tengah mabuk-mabuk...sorry ye Intan..



Repeat order daripada Pn.Low.. 2 kotak @ 12 biji.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan..

Tempahan cheese tart lagi..

Salam semua..kejap aje cuti seminggu..hari ni dah Jumaat..lagi 2 hari sekolah akan buka semula.So, petang  ni saja nak luangkan masa unuk post gambar-gambar tempahan cheese tart sebelum cuti.

Tempahan daripada Normilah..4 kotak @ 12 biji untuk diberi kepada kawan-kawannya..murah hati Milah ni..semoga dimurahkan rezeki.




Tempahan daripada Anida.. kata Nida dia tak sempat nak menempah  masa kawan-kawan sesi petang buat tempahan. Anak-anaknya suka sangat..

Tempahan daripada Pn.Low..dia nampak cheese tart  ni kat laptop saya..kebetulan hari Sabtu Pn Low ada gathering dengan kawan-kawannya. So, Pn.Low tempahlah 2 kotak@ 12 biji


Tempahan Rosliza dan Rosni...2 kotak @ 12 biji juga




Tempahan Milah lagi..kali ni 2 kotak lagi untuk Kak Lang ,pengasuh anaknya..


Yang ni pula Milah bagi pada K.Gee..saya hantar ke rumahnya sebaik saja keluar daripada oven sebab K.Gee suka yang panas-panas. Dah tu K.Gee sms..."sedap giler" katanya..tq..




Thanks kepada yang sudi memempah...

Sunday, March 13, 2011

Cheese Tart Azimah..

Salam semua..petang Ahad ni..balik dari majlis kahwin tadi..terasa nak update tempahan cheese tart..kecil pula hati tuan yang menempah kalau gambar  tempahan tak post..

Tempahan ni daripada Azimah..cikgu STAR Klang..2 kotak @25pcs cheese tart..Azimah minta campur blueberry dan strawberry. Regular customer ni..



Thanks Zimah.......

Thanks for coming..



Hari ni saja-saja nak tukar template blog..sebabnya banyak entri pasal masak-masak..so, saya pun carilah template yang lebih sesuai..tapi kandungan blog ni masih sama.
  Sesuai ke template ni???? Silalah komen
Thanks kepada yang sudi singgah kat blog ni..jangan lupa tinggalkan jejak anda..nanti boleh singgah balik.

Entri suka-suka hari ni nak ucapkan ........

Selamat Bercuti kepada semua..(tak dapat balik kampung sebab..Zarif ada kelas tambahan dan menguruskan maid baru)

Jumpa lagi...

Monday, March 7, 2011

Cheese Tart Day...

Salam semua...lama tak update blog..sibuk dengan tugas harian dan lagi satu..sibuk dengan tempahan Cheese Tart.. so, inilah tempahan yang paling banyak dalam satu hari..sebab tulah gelarkan Cheese Tart Day..



             Tempahan daripada Ustazah Rozanita untuk penceramah undangan Program Maulidur-Rasul



 
Tempahan kawan-kawan lain...10 kotak pek saiz M (12 biji)


                                               Tempahan K.Su...1 kotak 25pcs

Tq  kepada yang sudi menempah...harap berpuas hati..