Thursday, February 24, 2011

Cheese tart..

Tempahan mix cheese tart daripada Ustazah Rozanita untuk dihadiahkan kepada ustaz jemputan yang datang untuk ceramah Maulidur Rasul sesi petang . Ustazah minta letak dalam kotak transparent macam ni..lebih cantik dan sesuai sebagai cenderahati..


Thanks ye Ustazah..


Monday, February 21, 2011

Cheese Tart lagi..

Baru siap..tempahan Cikgu Muzu ....1 box (25 pcs) blueberry cheese tart..untuk makan -makan aje..


Tq..harap berpuas hati..

Tempahan lagi..

Tempahan ni daripada Cikgu Azimah, STAR Klang untuk Birthday anak perempuannya Auni atau panggilan manja Anja. Azimah order 50 biji cup cake (perisa oren dan strawberry)..atasnya tulis nama Anja dan Auni..

HAPPY BIRTHDAY AUNI @ ANJA ..Semoga menjadi anak yang solehah.



Ni pula..strawberry cheese tart..


Tempahan 1 kotak mix cheese tart daripada Cikgu Idawati @ K.Ida..Shahbandaraya..


Tq ye Azimah dan K.Ida..kalau sedap boleh order lagi..

Thursday, February 17, 2011

Tempahan Cheese Tart

Tempahan daripada Pn.Loh Lan..50pcs cheese tart untuk makan-makan aje..Esoknya cheese tart dah habis sebab anak-anaknya tak berhenti makan...

 Tq ye ..

Monday, February 14, 2011

ROTI pula..

Salam semua..saya memang dah lama teringin nak buat roti..tapi bila terkenangkan ramai yang kata..buat roti susah..kena uli gila-gila baru jadi , kena ada bread maker dll..rasa malas nak cuba.. Rupanya ..bila dah cuba..tak adalah susah sangat..cuma mengambil masa yang lama kerana doh perlu direhatkan beberapa kali..

Inilah hasilnya....namanya ENGLISH COTTAGE BREAD



Sesiapa yang nak cuba..ikut resipi ni ye..

A. 400gm tepung roti
     100 gm tepung gandum
     45gm gula
     1 tsp garam
     2 tbs susu tepung
     3 1/2 tsp yis segera

B. 1 biji telur
     260 ml air sejuk (air dalam peti ais)

C. 60 gm butter

Cara-caranya:
1. Sebatikan bahan A (guna tangan aje)
2. Masukkan bahan B
3. Uli selama 15-20 minit ( guna mixer) hingga menjadi doh yang kenyal dan elastik
4.Rehatkan doh ( 1 jam)
5.Bahagi doh kepada 2 bahagian- bentukkan bulat 
6.Rehat doh (10 minit)
7. Leperkan doh- gulung seperti buat swiss roll.
8.Masukkan 1 gulung ke dalam setiap acuan yang sudah digris dengan butter dan tepung 
( Saya guna acuan 8 x 4.5x 4.5).
9.Rehat doh (45 minit)
10.Belah sedikit pada bahagian atas doh- sapu butter dan taburkan gula
11. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 minit.
12.Keluarkan daripada acuan dan biar sejuk sedikit sebelum dipotong.

Tak perlu beli roti lagi...Selamat Mencuba.

Sunday, February 13, 2011

Tempahan talam tokyo dan talam cendol

Hari ni pagi-pagi lagi saya bangun untuk menyiapkan tempahan 2 jenis talam..talam tokyo dan talam cendol. Tempahan ni daripada K.Roslin yang mengadakan kenduri doa selamat sempena anaknya ,Amira akan berangkat ke Australia minggu depan. Amira akan menyambung pelajaran dalam bidang chemical engineering . 

Tahniah untuk K.Lin dan Amira.

                                                  Talam tokyo..sedap dan unik rasanya..

                                           Talam cendol...bila potong baru nampak cendolnya

                                  Saja buat..buah tangan untuk Amira....semoga tercapai cita-cita

# Sesiapa area Taman Seri Andalas  yang nak order kuih talam dll...bolehlah hubungi saya ye..

Saturday, February 12, 2011

TEMPAHAN TART SHELL

Tempahan 100 pcs tart shell ni daripada  Nurul kat Shah Alam..minggu lepas lagi. Nurul datang ambil sendiri kat Klang.Kata Nurul dia nak makan cheese tart tapi leceh nak buat shellnya. So, dia sms tempahan malamnya dan esok datang ambil. Memang kalau tak biasa buat shell ni..agak leceh..sebab nak pastikan ketebalan dan warna yang sekata . Thanks Nurul..


Kepada sesiapa nak tempah tart shell ni..call/sms saya ye..sebaiknya 2 hari sebelum..

Harga tart shell
Saiz S (4.5 cm)-sesuai untuk cheese tart
   - 50pcs : RM 15
  - 100pcs : RM 28

Saiz M (5 cm)-sesuai untuk fruit tart
- 50 pcs  : RM18
-100 pcs : RM 35

Tuesday, February 8, 2011

Kelas masakan Chef Fauziah

Semalam 6 Feb. saya sempat menghadiri Kelas Chef Fauziah di Bagus Klang. Memang teringin sangat nak belajar kek ala-ala Secret Recipe. Lepas ni boleh buat sendiri..kan jimat belanja sebab kek kat SR tu boleh tahan juga harganya..so, sekarang tahulah serba sedikit SECRETnya..

Info Kelas:
- Kelas secara demo selama 3 jam.
- Demo 3 jenis kek dan dapat 2 resipi  percuma.
- Chef Fauziah banyak bagi tips-tips dalam pembuatan kek ni..
- Chef tak kedekut tau..boleh tanya apa-apa soalan..banyak ilmu chef ni
- Orangnya friendly..so, kelas tak boring.
-Dapatlah bawa balik seorang satu slice bagi 3 jenis yang belajar tu..


Chef tengah ajar cara decor kek Banana Indulgences

Ni lah keknya...Strawberry Cheese, Tiramisu dan Banana Indulgences
...Kena cepat-cepat buat ni..nanti lupa

Saturday, February 5, 2011

Tempahan kedua K.Ida

Sehari selepas order CMC, K.Ida call nak order lagi sebiji CMC...katanya tak puas makan masa gathering kat rumah ayahnya. So, sebelah malam husbandnya datang ambil..tak sempat siangnya sebab ada 3 tempahan hari tu...

Nakkan kelainan daripada otder dulu..decorlah sikit-sikit...

Tq K.Ida..harap berpuas hati..

Friday, February 4, 2011

Tempahan kawan-kawan

Gambar ni dah ready dalam folder tetapi belum sempat nak buat entry.. kebetulan mak dan abah ada di rumah.

 Tempahan Ustazah Saidah- Chocolate Moist Cake dan apa-apa kek , so saya buatkan sponge cake dengan kiwi filling. Kata Ustazah Saidah..dia nak bagi pada ustaz yang mengajarnya..sebiji lagi nak makan-makan dalam  kelas mengajinya malam ni.



Siaplah 2 kotak kek


Tq ye ustazah..

Thursday, February 3, 2011

KLINIK UPSR BERITA HARIAN 2011

Salam semua..mesti bercuti panjang ni..kebanyakan sekolah bercuti selama seminggu..cuma dan keluarga tak dapat ke mana-mana... anak-anak di Sek.Rendah Islam Hira' bersekolah..So, saya sempatlah menghantar Zarif ke Klinik UPSR Berita Harian Fasa 1 di UITM Shah Alam.

Info Klinik UPSR:
-Bayaran RM 120 untuk 2 hari termasuk 3 kali makan.
- Fokus fasa 1- tajuk-tajuk penting  untuk UPSR 2011
- Latihan penting bagi semua  subjek (BM,BI,Mate dan Sains)
- Dikendalikan oleh penulis akhbar Didik (Sisipan Berita Harian Isnin)
-Fasa 2 (Teknik Menjawab UPSR) akan diadakan pada bulan Mei 2011

Pendapat saya... penting juga menghantar anak ke program sebegini kerana walaupun saya seorang guru tetapi bukan semua subjek peringkat sekolah rendah saya boleh kuasai. Sekurang-kurangnya anak kita tahu topik / tajuk apa yang penting dalam setiap bab. Tidak kurang pentingnya anak kita tahu..kita sanggup memperuntukkan perbelanjaan untuk memastikannya cemerlang dalam peperiksaan.

Saya juga bercadang melanggan portal guru.net- harganya cuma RM 150 untuk setahun.. semua nota dan latihan tahun 4,5 dan 6 disediakan..Saya dah tengok ..lebih baik , murah dan berbaloi berbanding dengan "portal yang satu lagi". Semua password untuk tahun ini dijangka siap selepas CNY. Percubaan UPSR Online seluruh Malaysia juga diadakan apabila hampir dengan UPSR.

                                Zarif (kiri sekali) dan kawan-kawan dari SRI Hira' Klang- Imran, Afiq 
                        (student paling pandai, darjah 3 dah habis sukatan hafazan, exam 
                         memang A sahaja, ketua pengawas dan Imam Muda ), Syafiq dan 
                         Aiman. Semua sekelas (6 Imam Nawawi kecuali Imran)

 Semoga kalian cemerlang dalam UPSR dan SPPM tahun ini..

Sekadar perkongsian dan pendapat seorang ibu dan guru...

Wednesday, February 2, 2011

CMC PETANG SABTU

Semalam saya menyiapkan sebiji lagi CMC (Chocolate Moist Cake) untuk K.Ida yang memang penggemar kek coklat. Katanya kek ni nak bawa ke rumah ayahnya di Gombak..berkumpul adik-beradik.
Untuk mengekalkan rasa asli CMC ni ..saya tak suka decor lebih-lebih..cukup taburkan almond cube. Itu pun K.Ida kata cantik dan attractive..


Tq ye K.Ida..